Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kisah pengalamannya bertemu para pramugari yang meluahkan isi hati mereka ketika menaiki pesawat udara.
‘Tolong doakan saya ustazah’
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’ menceritakan kisah pramugari yang berlari dan memeluk erat tubuhnya kerana khuatir dengan aurat yang terbuka sepanjang bekerja.
Saya dah mula melangkah keluar dari flight, dua orang pramugari berlari keluar dan memeluk erat dengan sebak.
Mereka meminta saya doakan mereka dibenarkan untuk menutup aurat atau diberikan rezeki yang lebih besar.
Namun begitu, Ustazah Asma’ menyatakan kebanyakkan pramugari yang masih kekal bekerja kerana desakan hidup seperti contoh ibu tunggal.
Allah pandang usaha kita
Dalam pada itu, Ustazah Asma’ mendedahkan kerisauan para pramugari yang tidak tahu bila dan di mana ajal menjemput dengan berpakaian tidak menutup aurat.
Ustazah Asma’ juga menitipkan tiga pesanan bagi membantu kecelaruan yang dihadapi golongan ini.
Pertama, jangan pernah rasa redha atau bangga dan selesa dengan pakaian ini. Kena ada rasa bersalah.
Kedua, selalu kena ada niat dan usaha untuk cari kerja yang tidak melanggar syarak. Dan perlu sentiasa berusaha memohon dengan pihak berkenaan untuk kebenaran hak asasi manusia iaitu boleh melaksanakan kehidupan beragama.
Dan yang terakhir, selalu beristighfar. Mohon ampun dan bertaubat pada Allah.