Pempengaruh islamik yang terpalit dengan dakwaan menyeleweng kutipan derma memberitahu dia dalam keadaan baik dan sihat.
‘Doakan yang baik-baik’
Pempengaruh berusia 30 itu meminta orang ramai mendoakan segala urusannya dipermudahkan.
Saya dalam keadaan sihat saja. Mohon semua mendoakan yang baik-baik saja. Terima kasih.
Pempengaruh berkenaan berkata demikian ketika disapa media yang menunggu di kamar mahkamah semasa dibawa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ke tandas.
Terdahulu, pempengaruh tersebut bersama isterinya hadir ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman berhubung isu dakwaan menyelewang kutipan derma.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.
Tahanan itu dibuat atas dakwaan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan tidak disalurkan wang tersebut secara betul.