Anggota kumpulan EXO iaitu Doh Kyung-soo meluahkan rasa teruja apabila mengunjungi Malaysia bagi Konsert Jelajah Peminat Asia ‘BLOOM’, baru-baru ini.
D.O suka makan apam balik, roti tisu
Tak dinafikan meskipun ini merupakan kali pertama Doh Kyung-soo atau lebih mesra dengan panggilan D.O, melakukan Konsert Jelajah Peminat Asia namun sambutan yang diterima daripada peminat sangat menggalakkan.
Malah penyanyi berusia 31 tahun itu juga berjanji akan kembali ke Malaysia dalam masa yang terdekat. Namun, tidak memberitahu secara terperinci mengenai perkara itu.
Tetapi apa yang menarik perhatian ramai semasa sesi beramah mesra dengan peminat, Kyungsoo memuji makanan di Malaysia yang memiliki pelbagai variasi menu.
Makanan di sini sangat menakjubkan. Saya tak dapat habiskan semua makanan (seperti dalam gambar) tapi saya rasa setiap jenis makanan tu.
Saya minum teh tarik. Masa saya tengok air tu dalam plastik dan warna dia macam sos. Bila saya letak dalam mangkuk, dia berair. Bila saya rasa, memang sedap.
Selain itu, Kyungsoo memberitahu sempat menikmati beberapa makanan lain seperti laksa, nasi lemak, roti tisu, apam balik dan banyak lagi.
Saya ingat nasi lemak, rasa seperti makanan di Korea. Sate juga sangat sedap.
Apam balik rasa seperti hotdog di Korea, hotdog yang dicampur dengan jagung. Memang sedap.
Saya tak pernah nampak roti sebesar itu, panjang.
Lebih menarik apabila Kyungsoo memaklumkan dia juga sempat menikmati durian sebelum konsert berlangsung.
Kyungsoo menyajikan persembahan yang cukup bermakna dengan membawakan versi akustik lagu-lagu popular seperti “Lucky” (EXO), “All of Me” (John Legend), “The First Snow” (EXO), “Boyfriend” (Justin Bieber), dan “Overdose” (EXO).
Lagu popular The View, Rose, Small Girl (Young-Ji), Simple Joys, That’s Okay, I Do, My Dear, Ordinary Days, Good Night, About Time dan Popcorn turut didendangkan oleh Kyungsoo.
Sekadar info, Doh Kyung-soo Asia Fan Concert BLOOM yang berlangsung di Axiata Arena dianjurkan oleh UnUsUal Entertainment, dipersembahkan oleh Company SooSoo dan dipromosikan oleh HS Entertainment & Contents.