Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memberitahu bahawa doktor memaklumkan kanser yang menyerang suaminya, Mohamad Nazri Ismail sudah merebak di beberapa anggota tubuh badan.
Kanser merebak
Mengakui tidak kuat menghadapi ujian itu, Kiah berkata, kanser tersebut kini mula menyerang di bahagian dada, paru-paru dan ketiak.
Aku down sangat apabila doktor cakap sel kanser dah merebak ke dada, paru-paru dan bawah ketiak.
Aku sedih sangat tapi dia (suami) steady je. Operation tak boleh dibuat disebabkan sel kanser dah terlalu banyak di semua saraf utama, dileher hingga ke bawah ketiak.
Untuk kimo pula, sel kanser ini tidak sensitif. Pendek kata, kimo itu hanya untuk tidurkan sel sahaja.
Kiah memaklumkan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok miliknya pada Rabu.
‘Semoga diri ini kuat’
Dalam pada itu, Kiah berkata, tiada yang mampu dilakukan selain memanjatkan doa kepada lahi supaya dirinya kuat dan sakit suaminya itu sembuh.
Ya Allah, kuatkan aku untuk suami dan anak-anak yang kecil, untuk perniagaan aku dan semuanya.
Semoga diri ini kuat dan cekal, tabah serta istiqamah mengejar tiket akhirat.
Babah (panggilan suami), awak kuat tau. Saya tahu awak reda apa yang akan berlaku tapi saya sebaliknya.
Pada 18 November lalu, Kiah kembali bergelar isteri kepada Muhammad Nazri Ismail.
Kiah berkata, dia terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.