Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDoktor Cuai Terlebih Drip Air Penuh Paru-Paru, Dada Nora Ariffin Bagai Direntap...

    Doktor Cuai Terlebih Drip Air Penuh Paru-Paru, Dada Nora Ariffin Bagai Direntap Serta Mata Jadi Putih

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Ini kerana Allah telah menentukan ajal sejak azali lagi. Apabila sampai ajalnya, ia tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walaupun sesaat.

    Bahkan matinya manusia maka terputuslah hubungan antara jasad dan roh dan merupakan detik permulaan manusia menuju ke Negeri akhirat yang merupakan garis permulaan bagi satu perjalanan yang sangat panjang.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini penyanyi senior Datuk Nora Ariffin mengakui tidak sedarkan diri selama tiga hari berikutan kesilapan teknikal sehingga paru-parunya dipenuhi air ketika dimasukkan ke sebuah pusat perubatan bulan lalu.

    Kata penyanyi berusia 50 tahun itu, dia dan keluarga enggan memanjangkan isu atas kecuaian pihak berkaitan, sebaliknya berpindah ke hospital swasta lain di Bangi.

    “Oleh sebab terlebih drip, paru-paru saya dipenuhi air dan sukar bernafas. Waktu itu saya sudah reda jika ajal tiba kerana pandangan saya sudah putih dan dada seperti direntap kuat.

    “Saya enggan memanjangkan kes atau ambil tindakan terhadap pusat perubatan berkenaan.

    November lalu Nora dilaporkan tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari di bawah pantauan tiga orang pakar.

    Jelas pelantun lagu Di Persimpangan Dilema, insiden berkenaan membuka matanya untuk lebih menghargai pengorbanan anak dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, 55.

    “Saya mengucap dan salam suami memohon maaf selain meminta tolong tengokkan anak-anak.

    Nora yang pada awalnya mengalami demam panas menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnetik (MRI) dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts