Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDoktor dituduh melakukan pelecehan seksual dan menghasilkan gambar pornografi anak-anak

    Doktor dituduh melakukan pelecehan seksual dan menghasilkan gambar pornografi anak-anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang doktor perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret, hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual dan menghasilkan serta memiliki gambar pornografi terhadap enam kanak-kanak yang juga pesakitnya di Hospital Kemaman.

    Didakwa hasil gambar pornografi

    Memetik laporan Kosmo, tertuduh yang dikenali sebagai Dr. Anas Ramli, 32, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya.

    Berdasarkan lima pertuduhan, tertuduh didakwa menghasilkan gambar pornografi lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di sebuah bilik rawatan di wad Hospital Kemaman pada bulan Disember 2022 hingga Februari 2023.

    Bagi kelima-lima pertuduhan tersebut, Anas didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan maksimum enam kali sebatan jika sabit kesalahan.

    Bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh payudara kanak-kanak berusia 12 tahun di sebuah bilik rawatan hospital sama pada waktu petang.

    Berikutan daripada itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

    Di samping itu, tertuduh turut didakwa memiliki gambar lucah yang disimpan di dalam telefon bimbitnya. Anas didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts