Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDolla Pakai Baju Keramat Tentera, Bekas Pelajar UPNM Luah Rasa Kesal

    Dolla Pakai Baju Keramat Tentera, Bekas Pelajar UPNM Luah Rasa Kesal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebuah insiden yang mencuri perhatian netizen terjadi minggu lalu apabila kumpulan muzik Dolla membuat persembahan dengan mengenakan pakaian bercorak celoreng tentera di Festival Housboom.

    Tindakan tersebut telah mengundang rasa kurang senang, terutama dari kalangan bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Hafizi Azri.

    Hafizi meluahkan rasa kesalnya di Facebook, menyatakan bahawa perbuatan Dolla seharusnya dikenakan tindakan undang-undang kerana dianggap mencemarkan kedaulatan baju celoreng yang menjadi kebanggaan anggota tentera.

    “Jika ditanya kepada mereka yang bergelar tentera darat, pasti masing-masing akan meluahkan rasa tersinggung jika uniform kebanggan disalahgunakan,” ujarnya.

    Beliau turut menekankan bahawa tindakan penganjur persembahan dalam membenarkan penggunaan pakaian sebegitu tidak wajar dan meminta pihak Tentera Darat Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan mengenai tindakan yang akan diambil.

    “Kami penat lelah menjalani latihan, tinggal keluarga dan korbankan masa semata-mata nak sarung baju keramat ini. Mereka mudah-mudah nodai uniform kami,” jelasnya lagi.

    Reaksi netizen juga tidak kurang hangat. Banyak komen yang menyuarakan rasa ketidakpuasan hati terhadap Dolla, dengan beberapa pengguna media sosial mendesak Kementerian Pertahanan untuk mengambil tindakan tegas.

    “Bagaimana boleh pakai baju tentera dengan gaya seksi seperti itu? Tolong Kementerian Pertahanan ambil tindakan,” antara komen yang mencuri perhatian.

    Ada juga yang mengingatkan bahawa beberapa artis sebelum ini telah ditegur kerana melakukan perkara yang serupa, dan berharap insiden ini tidak akan berulang.

    “Moga ada pihak tampil ambil tindakan ke atas mereka atau mereka perlu buat permohonan maaf,” kata seorang netizen.

    Insiden ini menimbulkan perbincangan hangat mengenai etika dalam dunia hiburan dan sensitiviti terhadap simbol-simbol yang melambangkan pengorbanan dan kesetiaan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts