Penerbit digital terkemuka Malaysia, REV Media Group (âREVâ), telah muncul sebagai pemenang dalam beberapa kategori di malan berprestij MDA d Awards 2024, pada Jumaat.
REV rangkul 7 anugerah
Kemenangan dan kejayaan yang didominasi REV sekaligus membuktikan serta mengukuhkan statusnya sebagai peneraju industri dalam inovasi digital dan penciptaan kandungan.
Antara pencapaian terbaik yang diterima adalah sebagai Penerbit Digital Terbaik di bawah kempen bertajuk âHow REV Preserved Agility through Challenges in 2023â˛.
Manakala kerjasama REV dengan TikTok membawa kemenangan dalam kategori Kempen Media Terpadu Terbaik. Kemenangan ini menekankan kekuatan perkongsian strategik dan kemampuan REV untuk menghasilkan kempen pelbagai platform yang menarik perhatian audiens yang pelbagai.
Kempen berjudul âSAYS: How We Helped Over 1M Malaysians Understand Autism From A Different POVâ yang berjaya meraih gangsa telah menonjolkan kepakaran REV dalam memanfaatkan media sosial untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan mudah dikongsi yang berhubung secara mendalam dengan audiens kami.
REV Media Group juga memperoleh tiga anugerah gangsa dalam kategori âPenggunaan Terbaik Kandungan/Advertorial/Pengiklanan Asliâ bagi platform REV, SAYS, OHBULAN!, dan kerjasama REV dengan foodpanda.
Akhir sekali adalah bagi kategori Rising Star dirangkul oleh penyunting video berbakat REV, Aina Mariah. Dedikasi, kreativiti, dan pendekatan inovatif Aina telah menetapkan standard baru dalam landskap media digital, dan anugerah ini adalah bukti kerja keras dan semangatnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group iaitu Samuel Wee akui amat berbangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh REV.
Setiap anugerah meraikan kreativiti dan komitmen pasukan kami terhadap kecemerlangan. Kami bersemangat untuk meneruskan perjalanan inovasi kami, menyampaikan kandungan digital dan pengalaman yang tiada tandingan kepada audiens kami.
Penghargaan ini memberi inspirasi kepada kami untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.