Pelakon Zulin Aziz berharap dompetnya yang hilang sejak beberapa hari lalu di Korea Selatan, jatuh ke tangan individu memerlukan.
Masih belum jumpa
Menurut Zulin, sehingga kini dia masih belum menjumpai dompet tersebut. Tambah Zulin, dia sudah redha mengenai perkara itu.
Buat yang bertanya, saya masih belum jumpa purse tu tapi saya redha. Saya percaya Allah gantikan dengan rezeki lebih baik nanti. Saya berdoa semoga yang jumpa duit tu, dia benar-benar memerlukan.
Mungkin rezeki dia, dia lebih layak. Semua ni kan bukan milik kita. Pinjaman saja. Tak apalah, yakin 100% Allah Maha Kaya, Maha memberi ,Maha mengetahui. Hari pertama menangis hilang duit. Tapi bila fikir balik dan husnuzon Allah bagi kemanisan lepas ujian itu, Alhamdulillah. Bersangka baik dengan Allah.
Berbicara lebih lanjut, Zulin meluahkan rasa terharu apabila ramai yang datang dan menegurnya ketika di Korea. Bahkan, ada yang bertanya khabar dan belanja makan.
Terima kasih tau yang tegur Zulin kat Korea ni. Semua tanya dompet dah jumpa? sweetnya! Siap ada yang belanja Zulin makan. Jangan risau tau. Alhamdulillah saya baik-baik saja. Masih ada bank suami. Nanti balik Malaysia kita kerja keras balik. Ganti apa yang hilang InshaAllah.