Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside Tawarkan Pengalaman ‘The Malaysian Experience’ Terbaru!

    DoubleTree By Hilton Putrajaya Lakeside Tawarkan Pengalaman ‘The Malaysian Experience’ Terbaru!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside dengan bangga mengumumkan bangunan hotelnya yang telah siap diperbaharui.

    Pengalaman “The Malaysian Experience”.

    via Double Tree By Hilton

    Ini sekaligus memperkenalkan pengalaman ‘The Malaysian Experience’ yang terbaru.  Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan hotel ini sebagai destinasi utama untuk menghayati kekayaan budaya Malaysia.

    Menerapkan denyut nadi budaya Malaysia yang cukup memukau, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menampilkan gabungan seni bina bercirikan pelbagai budaya.

    Suasana Kebudayaan Malaysia

    via Double Tree By Hilton

    Digandingkan pula dengan variasi hidangan kulinari tempatan dan aktiviti kanak-kanak yang berfokuskan budaya Malaysia, inilah kesempatan buat para tetamu untuk meluangkan hari mereka dikelilingi keindahan budaya tempatan seperti Melayu, Cina, India, dan Borneo

    Di samping itu, DoubleTree Studio Residency turut meningkatkan daya tarikan hotel ini, mencipta suasana unggul untuk para pelancong yang mencari pengalaman kebudayaan Malaysia yang asli.

    14 Kategori Bilik Kontemporari

    Antara 14 kategori bilik kontemporari yang baru diperkenalkan, bilik Family Deluxe dan King 2 Bedroom Suite direka bentuk khas untuk tetamu yang mengembara dalam kumpulan yang lebih besar.

    Bilik Family Deluxe menawarkan ruang tempat tinggal dan ruang makan yang berasingan, manakala King 2 Bedroom Suite menawarkan ruang tempat tinggal yang luas, pantri dan dua bilik tidur.

    Selain itu, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside menampilkan pelbagai pilihan tempat untuk mengadakan mesyuarat, persidangan, pameran, dan majlis makan malam.

    Setiap bilik dinamakan sempena nama-nama tasik di Malaysia, di mana Kenyir Grand Ballroom mencuri perhatian sebagai ruang paling luas, dengan kebolehan menampung sehingga 800 orang dalam susunan gaya teater.

    Pelbagai Variasi Kulinari

    via Double Tree By Hilton

    Para penggemar kulinari bakal rambang mata di Makan Kitchen, di mana pelbagai hidangan Malaysia dan antarabangsa yang menanti.

    ALSO READ:  Fiziwoo Tampil Bersuara Selepas Teruk Dikecam Netizen Isu Aliff Aziz-“Dia Bukan Duta Rasmi…”

    Tetamu boleh menikmati hidangan Melayu, Cina, India, Iban, dan Peranakan, yang meraikan keenakan rasa tempatan yang cukup asli.

    Selain itu, THE KOFFEE menyediakan tempat yang selesa untuk beristirahat dengan secawan kopi yang menyegarkan dan pastri yang lazat, sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau bersantai dengan senaskhah buku.

    Untuk maklumat lanjut tentang tempahan atau untuk mengenai Seni Weekend yang bakal tiba, sila lawati laman rasmi hotel tersebut.



    Credit: Jalan-Jalan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts