Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDr Akmal Ditahan, Diminta Bantu Siasatan Akta Hasutan & Komunikasi

    Dr Akmal Ditahan, Diminta Bantu Siasatan Akta Hasutan & Komunikasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkat, Ketua Pemuda UMNO yang juga EXCO Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi.

    Dua laporan polis

    Memetik laporan BH Online, Razarudin memberitahu Dr Akmal ditahan sepasukan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu, Sabah pagi ini susulan dua laporan polis terhadapnya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.

    Dua laporan polis yang dibuat terhadapnya adalah berhubung ucapan dan tindakannya tentang isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di kedai serbaneka KK Mart.

    Tambah Razarudin, Dr Akmal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, bagi membolehkan siasatan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah dijalankan.

    Siasatan telah dijalankan ke atas beliau dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara selepas semua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

    Terdahulu, Dr Akmal menerusi Facebook mengesahkan beliau ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun sudah dijadualkan untuk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

    Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya sambil bertegas, tidak akan berganjak walau seinci daripada pendiriannya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts