Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDr Izhar Anwari Selar Tindakan Pihak Tidak Mahu Bekerjasama Kerana Berkongsi Mengenai...

    Dr Izhar Anwari Selar Tindakan Pihak Tidak Mahu Bekerjasama Kerana Berkongsi Mengenai Palestin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kisah selebriti dan pempengaruh media sosial berkaitan isu melibatkan peperangan antara Palestin dan Israel seringkali menjadi perhatian netizen.

    Ramai Selebriti Sudah Lantang

    via Instagram Izzar

    Boleh dilihat kini semakin ramai selebriti yang memainkan peranan mereka berkongsi mengenai apa yang berlaku di Palestin sejak tercetusnya fenomena ‘Blockout’ yang mana menyenaraikan selebriti dan pempengaruh yang tidak aktif bersuara mengenai konflik ini.

    Walau bagaimanapun terdapat beberapa selebriti yang cukup lantang berkongsi di media sosial mengenai konflik Israel dan Palestin dan tidak pernah putus berkongsi mengenainya sehingga kini.

    Antara yang lantang bersuara mengenai isu ini adalah Yuna dimana sebelum fenomena “Blockout” berlaku lagi, Yuna menjelaskan kedudukan dia di mana, dia tidak lagi berkejasama dengan jenama-jenama yang berkaitan dengan Israel.

    Selain daripada Yuna, Lisa Surihani, Siti Nurhaliza, Izara Aishah, Alif Satar dan ramai artis lain kelihatan semakin lantang mengenai isu ini.

    Terbaru satu perkongsian pempengaruh media sosial Dr Mohd Izzar Anwari bin Abdul Khani yang merupakan suami kepada Ummi Nazeera telah membuat satu hantaran di media sosial mengenai isu ini dan menjadi perhatian warga net.

    Ada Pihak Yang Tidak Mahu Bekerjasama

    via Instagram Izzar

    Dalam hantaran tersebut, Izzar menyatakan bahawa ada pihak yang mahukannya, tetapi tidak dapat meneruskan kerjasama dengannya kerana dia ada memuat naik hantaran mengenai Palestin sebelum ini.

    Percaya pada rezeki Allah. Yakin kepada aturan-NYA. Lillahita’ala.

    Siapa ada masalah saya buat posting mengenai Palestin, awak tu yang ada masalah sebenarnya. 🇵🇸

    Lebih setahun dah berlalu. Mula2 kat Gaza. Sekarang dah sampai di Lubnan. Berdoalah dan bantu umat Islam yang mana kita mampu.

    Perbaikilah diri sendiri dengan tidak mengambil port hal peribadi orang lain. Boleh mula di situ dulu.

    “Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.”
    (Surah ‘Ali Imran 3:37)

    Dalam pada itu Izzar menjelaskan dalam hantaran instagramnya bahawa dia percaya akan rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah.

    ALSO READ:  Hidap Kanser Di Usia 75 Tahun, Istana Buckhingham Dedah Raja Charles III Sedang Dirawat

    Malah Izzah juga menyatakan bahawa sesiapa yang ada masalah dengan hantarannya mengenai Palestin, sebenarnya individu tersebut la yang bermasaalah.

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts