Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDr Jezamine Jawab Dakwaan Harith Iskander Curang Punca Berpisah – ‘Yang Penting...

    Dr Jezamine Jawab Dakwaan Harith Iskander Curang Punca Berpisah – ‘Yang Penting Kami Memaafkan Satu Sama Lain’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bekas isteri kepada Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim menyangkal dakwaan pelawak itu berlaku curang yang menjadi punca mereka berpisah.

    ‘Kami memaafkan antara satu sama lain’

    Ketika ditemui , Jezamine berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan punca terperinci dan hanya mahu orang ramai tahu ia berpunca daripada ketidaksefahaman.

    Dia (Harith) sudah cakap dia sudah buat kesilapan dan kita patut menghormati sebab ia tak mudah untuk seseorang mengeluarkan kenyataan dia sudah buat salah jadi walau apa pun sebabnya, ia bukanlah satu masalah.

    Apa yang penting kami memaafkan antara satu sama lain dan teruskan kehidupan kerana kami berjanji untuk lebih berjaya bersama.

    Jezamine berkata demikian sejurus prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Khamis.

    Berkongsi lanjut mengenai perasaan selepas berpisah, Jezamine tidak menafikan dia berasa sedih dengan keputusan tersebut.

    Sudah tentu saya sedih tapi saya rasa ini adalah permulaan baharu. Sebenarnya semua saya sudah kongsi dalam video sebelum ini dan hari ini kami boleh katakan kami adalah kawan baik.

    Kami memang kawan baik dan sehingga hari ini bila saya ‘struggle’ saya masih menghubungi dia dan bercerita mengenai hari saya. Saya juga masih pengurus dia.

    Kami rasa kami melakukan kerja yang sangat baik untuk itu, dia menyokong saya. Itu yang saya sangat bersyukur sebab kami bermula sebagai kawan baik dan dia juga sangat memahami walaupun kadang-kadang dia boleh jadi sangat pendiam tapi dia sedang menganalisis.

    Terdahulu, Harith sah bercerai talak satu dengan isteri, Dr Jezamine Lim di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada jam 12.05 tengah hari, Khamis.

    ALSO READ:  redONE Tawarkan Hadiah Dan Insentif Tunai Lebih RM1.5 Juta Untuk Mengekalkan Kepercayaan Rakan Jualan

    Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Dr Jezamine pada bulan lalu.

    Untuk rekod, Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010.

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts