Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDr. Malar Luah Rasa Syukur, Anggap Pelantikan Sebagai Ikon Bahasa Satu Penghargaan...

    Dr. Malar Luah Rasa Syukur, Anggap Pelantikan Sebagai Ikon Bahasa Satu Penghargaan – ‘Bahasa Melayu Adalah Bahasa Pertama Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti media sosial merangkap aktivis dan pegawai perubatan yang dikenali sebagai Dr. Malar meluahkan rasa syukur selepas dirinya dilantik sebagai ikon oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada malam Selasa.

    Tanggungjawab besar

    Menerusi perkongsian di Facebook, Dr. Malar atau nama sebenarnya Malar Santhi Santherasegapana menyifatkan pelantikan tersebut adalah satu tanggungjawab yang besar buat dirinya dalam memartabatkan bahasa Melayu.

    Terima kasih DBP atas pengiktirafan ini (Anugerah Ikon Bahasa DBP 2024).

    Walaupun saya bersyukur, namun setiap anugerah datang dengan tanggungjawab, maka bahu ini terasa makin berat.

    Doakan agar saya dapat pikul anugerah dan tanggungjawab ini dengan baik.

    ‘Bahasa Melayu bahasa pertama saya’

    Dalam pada itu, Dr. Malar mendedahkan dia sememangnya menjadikan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa utama yang digunakannya sejak kecil.

    Saya ini cakap BM dengan adik beradik, jadi seingat saya sejak kecil dah bercakap dalam BM.

    Tapi umur berapa itu saya kurang pasti. Kan orang selalu kata, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Saya ini dilentur sejak rebun dan memang betul pun saya halus macam buluh masa masih kecil.

    BM adalah bahasa pertama saya. Saya berfikir dalam BM, saya geram dan menyumpah pun dalam BM.

    Bukan itu sahaja, saya sembahyang dan berdoa sebagai Hindu pun dalam BM juga.  Memang pelik, tapi itulah bahasa selesa saya.

    Kan orang selalu kata, ‘Melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Saya ini dilentur sejak rebun dan memang betul pun saya halus macam buluh masa masih kecil.

    Di akhir hantaran, Dr. Malar menitipkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam memastikan dirinya begitu hebat menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa utama.

    Terima kasih keluarga yang membentuk saya.

    Terima kasih juga kepada semua cikgu BM yang pernah mengajar saya, terima kasih buat semua pengikut saya di media sosial yang tak pernah jemu memberikan semangat.

    Dan terima kasih buat adik-beradik saya yang sampai sekarang masih lagi bercakap, bergaduh, bermesej dalam BM.

    Selain Dr. Malar antara yang dilantik sebagai ikon bahasa termasuklah pempengaruh media sosial terkenal iaitu Boss James.

    ALSO READ:  [VIDEO] Didie Alias Melawat Rakannya, Keadaan Terkini Lan Zailan Buatkan Ramai Sebak!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts