Di Instagram, Dr Say Shazril mengupaskan isu ‘sleep divorce’ berikutan kadar kelahiran di Malaysia jatuh 12 peratus berbanding suku yang sama pada tahun 2023.
Cerai tidur
Menurut Dr Say, cerai tidur antara faktor yang membuatkan kadar kelahiran berkurangan. Ujar Dr Say, cerai tidur membawa maksud pasangan suami isteri tidur berasingan katil atau bilik bagi meningkatkan kualiti tidur.
Sebab apa ia makin popular? Pertama orang makin sedar kepentingan tidur yang berkualiti sebab poor sleep boleh buat macam-macam penyakit like sakit jantung, depression, imuniti merudum dan lain-lain. Selain tu normalisasi by public figures dan high level of stres antara penyumbang popularitinya.
Penyebab utama couples buat cerai tidur ni? Pasangan berdengkur kuat, perbezaan pilihan suhu bilik, co-sleep dengan anak-anak yang menggangu tidur adalah antara sebab utama.
Ikut kajian ada banyak kebaikan sleep divorce ni antaranya deeper sleep, kurang stress levels, meningkatkan daytime performance dan mengkurangkan pertelingkahan sebab well rested couple akan kurang bergaduh over small matters.
Mengikut islam pula dibenarkan dengan syarat tak menjejaskan hubungan suami isteri dan tak mengabaikan nafkah.
Berbicara lebih lanjut, Dr Say berkata, dia kurang bersetuju dengan cara cerai tidur. Ini kerana, lama kelamaan ia membuatkan individu tersebut selesa dan terbiasa tidur sebegitu.
Tetapi kalau ada effective communication antara pasangan mungkin betul sleep divorce ni banyak mendatangkan kebaikan. Korang rasa tidur cerai ni menguatkan hubungan atau melemahkan hubungan? Ada sesiapa ada pengalaman tuk dikongsi? Open discussion please.