Anugerah cahaya mata yang ramai pasti memeriahkan suasana dalam rumah tangga sekali gus memakai tenaga yang lebih untuk menguruskan anak-anak.
Terima kasih untuk 7 orang cahaya mata
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menitipkan ucapan ringkas buat isterinya, Dr Halina Yunos sempena ulang tahun kelahirannya.
Ujarnya, Dr Halina tidak pernah sesekali mengeluh dalam membesarkan dan mendidik anak-anak.
Terima kasih buat isteri tersayang.
Orang yang telah melahirkan tujuh orang anak yang hebat.
Tanpa jemu dan penuh komited dalam membesarkan anak-anak.
Dan tidak pernah sekali pun mengeluh.
Saya tidak meminta lebih, syukur sangat.
Pada perkongsian itu, Dr Sheikh Muszaphar sekeluarga difahamkan meluangkan masa bersama di ibu kota sekali gus menyambut hari kelahiran Dr Halina.
Sumber inspirasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat dan kekuatan Dr Halina melahirkan tujuh orang cahaya mata. Selain itu, warganet turut mendoakan keluarga ini dirahmati dan berkekalan hingga ke akhirnya.