Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 9, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDr Zulkifli Respon Pendedahan Suami Jalani Vasektomi Sebagai Ikhtiar Rancang Hamil –...

    Dr Zulkifli Respon Pendedahan Suami Jalani Vasektomi Sebagai Ikhtiar Rancang Hamil – ‘Proses Ini Adalah Haram’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di aplikasi X, seorang lelaki mencuri perhatian apabila membuat pendedahan dirinya telah menjalani proses vasektomi sebagai ikhtiar untuk tidak mempunyai anak yang ramai.

    Buat proses vasektomi

    Menerusi perkongsian yang dikongsikan kepada @meinngl, lelaki berkenaan menjelaskan bahawa dia memilih untuk menjalani proses itu kerana tidak sanggup melihat isterinya ‘merana’.

    Difahamkan, isterinya sebelum ini ‘merana’ kira-kira tiga bulan selepas mengambil suntikan perancang kehamilan.

    Aku buat proses vasektomi minggu lepas sebab kami memang rancang tak nak anak lebih dan aku tak sanggup tengok isteri merana.

    Selepas (isteri) kena cucuk perancang pertama kali, tiga bulan dia merana.

    Aku kena potong, (proses vasektomi) prosedur ambil masa 30 minit ( tanpa skalpel), satu hari ja dah 90 peratus sembuh.

    Kalau nak anak lagi, sperma masih ada, boleh ekstrak dan buat prosedur IUI (kaedah pemanian berhadas) atau Persenyawaan In Vitro (IVF),

    Dapat perhatian Dr Zulfikli

    Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    Menerusi ciapan yang dibuat, Dr. Zulkilfli menjelaskan bahawa proses vasektomi merupakan haram dan tidak dibenarkan dalam Islam.

    Saya telah ulas pada Ogos 2024. Saya berpendapat prosedur vasektomi adalah haram dan tidak dibenarkan.

    Ini kerana prosedur vasektomi (menerusi laman Maktabah Al Bakri) dianggap sebagai satu bentuk kawalan kelahiran lelaki atau pemandulan yang kekal, disebabkan oleh keberhasilan untuk berjaya membalikkan semula (sebelum prosedur vasektomi) adalah sangat rendah, tidak mudah dan tidak selalunya berjaya.

    Justeru, pemandulan kekal diharamkan oleh para ulama kerana ia melibatkan pengubahan ciptaan Allah, merosakkan asas kehidupan dan melakukan pembunuhan.

    Untuk makluman, vasektomi adalah satu bentuk kawalan kelahiran lelaki yang memotong bekalan sperma ke dalam air mani.

    ALSO READ:  Ubai MZ Bengang Individu Tiada ‘Common Sense’ Boleh Selamba Baring Di Kerusi Lapangan Terbang – ‘Dia Boleh Jeling-Jeling’

    Ia dilakukan dengan memotong dan menutup tiub yang membawa sperma.

    Vasektomi mempunyai risiko yang rendah dan biasanya boleh dilakukan di bahagian pesakit luar di bawah anestesia setempat.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts