Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDrama ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Sejarah! Tembusi Carta Top 10 Google Trends...

    Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ Cipta Sejarah! Tembusi Carta Top 10 Google Trends Rancangan TV 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ (ABU) telah mencipta fenomena baru apabila ia berjaya menempatkan diri di tangga ke-4 dalam carta Top 10 Google Trend 2024!

    Lebih menarik, ‘Aku Bukan Ustazah’ merupakan satu-satunya drama Melayu yang berjaya mengungguli carta berprestij ini, sekaligus membuktikan drama ini paling popular di kalangan penonton.

    Fenomena ‘Aku Bukan Ustazah’

    Drama ‘Aku Bukan Ustazah’ terus mengukir sejarah dalam dunia hiburan tempatan dengan fenomena yang luar biasa. Tidak hanya popular di Malaysia, drama ini kini turut menjadi kegilaan penonton di negara seberang. Drama lakonan Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi berjaya menembus sempadan bangsa dan agama, menarik perhatian pelbagai kelompok masyarakat sehingga menjadi perbualan ramai.

    Rata-rata netizen dari Indonesia, Singapura dan Brunei turut menyuarakan kekaguman mereka terhadap plot dan jalan cerita yang penuh dengan emosi dan konflik yang nyata relevan untuk semua. Apa yang lebih menarik, beberapa klip pendek mengenai drama ini menjadi viral sehingga segelintir penonton dari kalangan kaum Cina dan India memberi reaksi yang agak panas, hingga ada yang ‘marah-marah’ dan ‘geram’ dengan watak yang terdapat di dalam drama ini!

    Satu lagi pencapaian menarik yang perlu diberi perhatian, ‘Aku Bukan Ustazah’ berjaya menarik minat kelompok golongan lelaki daripada pelbagai peringkat umur, termasuk abang-abang motor yang selama ini mungkin tidak begitu terdedah dengan drama Melayu! Berdasarkan beberapa video viral sebelum ini, kita boleh lihat betapa drama ini berjaya ‘mengikat’ hati mereka.

    Setiap karakter trending & menambat hati

    Satu lagi aspek yang membuatkan drama ini berbeza dan terus menjadi fenomena adalah keberkesanan setiap karakter, baik watak utama mahupun watak sampingan. Setiap karakter tidak hanya sekadar memenuhi peranan dalam cerita, tetapi mereka berjaya ‘hidup’ dan memberi impak mendalam kepada penonton.

    ALSO READ:  Adira Suhaimi Kini Mahu Lebih Berhati-Hati Bicara Soal Cinta Dengan Bekas Suami, Datuk Red

    Dari watak utama yang penuh dengan cabaran dan emosi, hingga watak sampingan yang tidak kurang pentingnya, semuanya berhasil menambat hati setiap penonton. Bahkan, watak-watak ini turut trending di media sosial, dengan para penonton mengadakan perbincangan dan teori-teori sendiri tentang perkembangan karakter-karakter ini. A

    Selain itu, fenomena drama ini turut memperlihatkan peningkatan fanbase yang sangat mengagumkan. Peminat dari seluruh pelosok tanah air, bahkan dari luar negara, kini menjadi sebahagian daripada perjalanan drama ini. Dari segi interaksi di media sosial, drama ini dapat dilihat mencipta sebuah komuniti besar yang aktif berkongsi pendapat, teori, dan emosi mereka terhadap jalan cerita serta perkembangan setiap episod.

    Dengan segala pencapaian ini, tidak dapat dinafikan bahawa ‘Aku Bukan Ustazah’ telah mencipta fenomena yang luar biasa pada tahun 2024 ini. Ia bukan hanya sekadar drama, tetapi sebuah gelombang besar yang melibatkan semua lapisan masyarakat, pelbagai bangsa, dan agama, serta kelompok umur yang berbeza.

    Keberhasilan ini sudah tentu tidak akan tercapai tanpa sokongan padu daripada peminat-peminat setia ‘Aku Bukan Ustazah’ dan juga penonton drama terbitan TV3. Para penonton yang tak henti-henti memberikan sokongan di media sosial dan menonton setiap episod dengan penuh teruja, memang wajar menerima penghargaan yang tinggi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberi sokongan, kerana tanpa kalian, kejayaan ini pasti sukar untuk dicapai!

    Jangan Ketinggalan!

    Bagi anda yang masih belum menonton drama ‘Aku Bukan Ustazah’, inilah masanya untuk anda menyertai gelombang fenomena ini! Drama ini masih boleh ditonton di platform Tonton, jadi jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan yang sedang berlangsung ini. Siapa tahu, selepas ini mungkin ada lagi kejutan yang akan membuatkan drama ini terus trending dan menjadi topik perbualan!

    ALSO READ:  Biar Sakit Dicurangi Dalam Drama, Mira Filzah Tetap Taruh Kepercayaan Kepada Suami

    Dengar-dengar, akan ada ‘Aku Bukan Ustzah 2’ nanti. Jadi, teruskan mengikuti perkembangan drama ini di TV3 dan Tonton, kerana mungkin ada lebih banyak lagi aksi dan drama yang tak boleh dilepaskan!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts