Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDrama ‘Pinjaman Syurga’ Angkat Kisah Pengorbanan Seorang Ibu Menjaga Anak Istimewa

    Drama ‘Pinjaman Syurga’ Angkat Kisah Pengorbanan Seorang Ibu Menjaga Anak Istimewa

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Slot Akasia bakal membawakan drama terbaharu iaitu Pinjaman Syurga yang mampu mengusik jiwa dan menyentuh emosi para penonton.

    Pinjaman Syurga

    Pinjaman Syurga yang mengangkat tema pengorbanan dan perjuangan seorang ibu ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Janna Nick, Keith Foo, Gambit Saifullah, Fizo Omar dan ramai lagi.

    Drama ini bakal bersiaran di kaca TV anda bermula pada 5 September 2024, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.

    Drama ini mengisahkan tentang bagaimana sebuah keluarga diuji dengan dugaan yang besar dan pengorbanan yang luar biasa dalam menghadapi realiti kehidupan yang tidak dijangka.

    Pengorbanan seorang ibu

    Berkisar kisah hidup pasangan suami isteri, Natasha (Janna Nick) dan Taufik (Keith Foo) yang mengalami pergolakkan setelah mengetahui bahawa anak tunggal lelaki mereka iaitu Haikal lakonan Akif Darwisy adalah seorang kanak-kanak autisme.

    Taufik yang dahulunya seorang ayah yang penyayang, kini berubah menjadi seorang yang pemarah. Manakala, Puan Aminah, ibu Taufik juga tidak berpuas hati dan menyalahkan keturunan Natasha atas penyakit autisme yang dihidapi Haikal.

    Kehidupan Natasha menjadi semakin sukar  sehingga mutu kerjanya makin merosot akibat bebanan emosi yang harus dipikul seorang diri. Selepas mendengar nasihat ayahnya, dan sokongan dari bekas adik iparnya (Zahirah), Natasha serta merta menghantar Haikal ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang mana ianya ditubuhkan bertujuan untuk membantu anak-anak autisme.

    Pada ketika itu, dia bertemu semula dengan Zainal (Gambit Saifullah), seorang rakan lama yang merupakan pengasas bagi pusat pemulihan tersebut dan mula membantu Natasha dan juga Haikal dalam mengharungi cabaran kehidupan mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] Wanita Tak Jadi Sebak Dengar Ucapan Hari Jadi Dari Anak – ‘Maaf Tak Beli Apa-Apa, Ini Pun Kawan Adik Bagi’

    Namun, kuatkah seorang ibu seperti Natasha dapat menghadapi ujian ini sendiri dan mampukah dia membesarkan anak pinjaman syurga ini dengan penuh kasih sayang sehingga ke akhir?

    Jangan lupa saksikan kisah takdir percintaan yang luar biasa dan penuh dengan pengorbanan ini dalam drama Pinjaman Syurga menerusi slot Akasia bermula 5 September 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.  TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my.  Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts