Umum mengetahui usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida bersama kedua-dua anaknya Cik B dan Kacak kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sejak Ahad.
Vida menerusi hantaran di TikTok, dilihat berkongsi momen mereka ketika berada di Madinah. Kongsi Vida, hujan membasahi Kota Madinah sebaik sahaja mereka tiba di sana.
“Setiba kami sampai, di Madinah waktu Subuh, hujan lebat turun. Setiap kali hampir masuk solat hujan lebat dan petir. Selepas habis solat, hujan reda. Hinggalah waktu solat seterusnya hujan lagi. Begitulah selama 2 hari kejadiannya.”-kongsi Vida di TikTok
@datoserividaofficial Alhamdulilah sejuk di madinah #fyp #tiktokmalaysia #madina #umrah
♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH
Terkejut Cik B Seorang Perempuan?
Walaubagaimanapun, lain pula reaksi netizen di ruangan komen, yang mempersoalkan jantina Cik B gara-gara dirinya dilihat mengenakan hijab dan jubah ketika menunaikan ibadah Umrah, malah ramai yang memuji penampilan Cik yang kelihatan comel apabila bertudung.
“Kok Cik B pakai tudung, kan lelaki?.”
“Aku sorang je ke ingat Cik B tu lelaki.”
“Comel Cik B pakai tudung.”
“Ku kira laki laki Cik B maaf.”
“Cik B perempuan eee baru tahu!.”
“Kan comel je Cik B pakai tudung.”
“Semoga dipermudahkan segala urusan menunaikan ibadah umrah DS sekeluarga.”
“Patut Ah Ramai Try…”
Dalam pada itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menerusi Insta Stories, akui terekejut apabila rakyat Indonesia tidak mengetahui bahawa dirinya seorang perempuan.
“Orang Indonesia tak tahu lagi ke Cik B cewek? Patut ah ramai try.”-tulis Cik B di Insta Stories
Apa komen anda?