Coway, syarikat Best Life Solution kini melaksanakan misi bagi menangani kualiti udara yang semakin teruk dengan memperkenalkan penulen udara STORM II terbaharu.
Penulenan Udara Menyeluruh
Dibina atas kejayaan model pertamanya, STORM II dilengkapi dengan teknologi terkini untuk menjamin pengalaman penulenan udara dalaman yang menyeluruh.
STORM II menampilkan reka bentuk baharu dengan saiz penapis 50 peratus lebih lebar berbanding model generasi pertamanya bagi menyediakan permukaan yang lebih luas untuk memerangkap lebih banyak bahan pencemar udara.
Singkir 99.999% Habuk
Penulen udara STORM II berupaya untuk memastikan persekitaran dalaman lebih bersih dan selamat dengan menyingkir sehingga 99.999% habuk ultra halus dan 99.9% virus bawaan udara, pelbagai bakteria dan kulat hitam.
Penapisan dilakukan melalui sistem penapisan 4-langkah iaitu Pra-Penapis, Penapis Habuk Halus, Penapis Penyahbauan dan Penapis HEPA Tembaga (H13).
Fungsi ini dapat menghapuskan bau haiwan peliharaan, bau badan manusia dan habuk dalaman seperti zarah jerebu secara efektif bagi meningkatkan kualiti udara bersih dan sihat untuk semua.
2.5 Kali Lebih Kuat Dari Kipas
STORM II juga menawarkan peredaran udara 2.5 kali lebih kuat melalui saiz kipas yang diperbesarkan bagi meningkatkan kelajuan angin dan aliran udara.
Dengan mod jerebu dan fungsi pengaliran udara dari pelbagai arah, ia membantu membasmi kawasan stagnan dengan memudahkan aliran udara yang lebih pantas dan sangat cekap di setiap sudut bilik atau ruang.
Pengguna dapat menikmati kecekapan peredaran udara yang tinggi dengan pelepasan udara yang ditapis secara sekata di seluruh bilik.
Hadir Dengan Mod Pintar
Penulen udara STORM II direka dengan teliti bagi menawarkan pengalaman pengguna yang menenangkan dan bebas gangguan.
Dengan mod pintar, apabila persekitaran penulen udara menjadi gelap selama lebih daripada tiga minit, ciri pintarini akan bertukar kepada mod tidur secara automatik dan mengawal selia operasinya untuk mengekalkan tahap kualiti udara yang optimum dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah.
Ia membolehkan pengguna menikmati penggunaan berterusan dengan operasi senyap serta penjimatan tenaga sebanyak 35 peratus berbanding model generasi pertama.
Penyelenggaraan Berjadual
Coway percaya bahawa produk yang hebat perlu digandingkan bersama dengan perkhidmatan yang cemerlang.
Sama seperti produk lain dalam rangkaian produk Coway, penulen udara STORM II dilengkapi dengan perkhidmatan penyelenggaraan berjadual, termasuk penukaran penulen untuk membantu memastikan produk kekal dalam keadaan terbaik untuk tahun-tahun yang akan datang.
Dapatkan penulen udara Coway STORM II anda dengan bayaran serendah RM98 sebulan melalui pelan pembayaran mudah inovatif Coway. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.coway.com.my.
Credit: Kesihatan – Murai MY