Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDua Tahun Tiada ‘Job’, Iqbal Mazlan Syukur Diberi Kepercayaan Mengarah Projek Drama...

    Dua Tahun Tiada ‘Job’, Iqbal Mazlan Syukur Diberi Kepercayaan Mengarah Projek Drama Pendek

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Iqbal Mazlan meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk mengarah beberapa projek drama pendek selepas dua tahun tidak bekerja.

    Rasa gementar nak mengarah

    Iqbal yang ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Pendek Pertama Di Malaysia anjuran Just Work Entertainment, sebelum ini berkata, dia bersedia menyahut cabaran dan menggalas tanggungjawab besar itu biarpun dirinya berdepan dengan masalah penglihatan.

    Memang saya berasa gementar nak mengarah kerana ia projek drama pendek untuk bawa nama Malaysia ke luar negara. Namun, saya bersyukur kerana doa saya untuk bangkit sudah dimakbulkan Allah SWT kerana sampai bila saya nak meminta-minta dengan orang?

    Tambah bekas juara program Pilih Kasih ini, dia ditawarkan sebagai penerbit untuk projek tersebut kira-kira dua bulan lalu.

    Penerbit Art Ornament Sdn Bhd, Aida Othman adalah rakan baik yang akan membantu saya mengarah kerana saya tidak boleh melihat.

    Tidak semestinya orang yang tidak dapat melihat seperti saya tidak boleh mengarah.

    Disoal mengenai perkembangan sesi uji bakat pula, kata Iqbal, ia mendapat sambutan ramai di mana hampir 200 orang hadir untuk mencuba nasib sebagai pelakon pada 27 Julai lalu.

    Bukan hanya bakat baru, ada juga pelakon yang ada pengalaman seperti Yuna Rahim juga datang pada sesi uji bakat. Pihak kami hanya dapat buat sesi uji bakat untuk 100 peserta dan selebihnya akan disambung pada hari berikutnya.

    Setakat ini, pihak kami sudah senarai pendek seramai 30 orang dan ada seorang peserta yang bakal menjadi hero baru dalam industri seni tanah air.

    Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Iqbal mengenai perkembangan matanya. Ujar Iqbal, dia sudah menjalani pemeriksaan dengan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi bantuan Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), sebelum ini.

    Hasil pemeriksaan, Dr Muhaya beritahu mata saya ada masalah katarak gred 2 dan mungkin perlu menjalani pembedahan atau disuntik ubat ke dalam mata.

    Pembedahan itu masih dalam perbincangan lagi antara Dr Muhaya dan doktor yang merawat saya di Hospital Shah Alam.

    Apapun, saya harap dapat menyiapkan projek drama pendek Legenda Malaysia terlebih dulu sebelum pembedahan itu dijalankan nanti.

    ALSO READ:  5 Lokasi Menarik & Dijamin Selamat Untuk Wanita Yang Nak Solo Trip Ke Bali

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts