Restoran Halal makanan Korea yang digemari rakyat Malaysia, Dubuyo kini bersedia untuk memikat selera baharu anda dengan pelancaran menu bermusim baharunya, Seoul Hot Ramyeon!.
Hidangan ini mula tersedia di seluruh cawangan Dubuyo bermula 4 Jun sehingga 22 September 2024. Tambahan menu baharu ini menjanjikan gabungan rasa berkrim dan pedas yang menakjubkan.
View this post on Instagram
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Dubuyo Sdn Bhd, Wong Kah Yong menyatakan bahawa, Dubuyo menyediakan pelbagai hidangan Halal Korea dengan kelainan serta memastikan setiap pelanggan menikmati hidangan mereka tanpa kompromi.
“Dengan peningkatan populariti makanan Korea, kami berdedikasi untuk memperkenalkan pelbagai makanan Korea Halal dengan kelainan untuk memastikan Dubyi melebihi jangkaan pelanggan kami dan mengelakkan daripada menjadi tipikal.
Walaupun masakan Korea telah meluas, Dubuyo berusaha untuk menyajikannya dengan pendekatan kontemporari dan sihat untuk hidangan Korea.
Kami komited untuk memberikan pengalaman kepada anda menjamu selera dengan hidangan yang tiada tandingan. Setiap hidangan disusun dengan teliti menggunakan bahan-bahan terpilih untuk mengekalkan keasliannya.”-kata Kah Yong
Sebagai pelengkap Seoul Hot Ramyeon, pelanggan boleh menggabungkannya dengan Seoul Yam Uyu, minuman lazat yang menggabungkan goguma manis (ubi keledek) dan susu berkrim dengan boba buah markisa. Minuman yang menyegarkan ini melengkapkan dengan sempurna bersama ramyeon.
Untuk maklumat lanjut mengenai Seoul Hot Ramyeon atau promosi lain yang tersedia di Dubuyo, anda boleh melayari laman web Dubuyo atau laman Facebook Dubuyo.