Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Dugaan Untuk Keluarga Kami…”-Eyra Hazali

    “Dugaan Untuk Keluarga Kami…”-Eyra Hazali

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Eyra Hazali berkongsi keadaan suaminya, Haziq Nazli bersama kedua-kedua anak mereka yang kini terpaksa dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota, baru-baru ini.

    “Dugaan Untuk Keluarga Kami…”

    Eyra, menerusi hantaran di Instagram dilihat memuatnaik satu foto yang memaparkan Haziq sedang terlantar di katil di sebuah pusat perubatan setelah mengalami gejala muntah dan cirit-birit.

    “Semalam dia jaga kami anak-beranak. Turun naik ward. Tengah malam, Haziq pula muntah-muntah dan cirit-birit and now warded.

    Dugaan untuk keluarga kami. Tolong doakan untuk kami.”-kongsi Eyra Hazali di Instagram

    Endra Alami Masalah Buah Pinggang Kering

    Sebelum ini, Eyra berkongsi keadaan anak keduanya, Endra Haqimie yang disahkan mempunyai masalah buah pinggang kering sebelum ditahan di hospital disebabkan gejala muntah tanpa henti dari Jumaat.

    “Assalamualaikum semua. Mohon doakan Endra. Dia tak henti muntah dari malam semalam (Jumaat).

    Keputusan kami dapat adalah buah pinggang Endra sudah kering sangat.”-tulis Eyra di Instagram

    Sekadar info, Eyra Hazali dan Haziq Nazli telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dia cahaya mata lelaki iaitu, Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.

    Malah pada Mei lalu, Eyra mengumumkan khabar gembira mengenai dirinya yang kini sedang hamil cahaya mata ketiga.

    Sama-sama kita doakan agar Eyra Hazali sekeluarga diberikan kesembuhan dengan cepat…Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts