Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDuit Yen Sedang Jatuh? Inilah Masa Untuk melancong ke Jepun! Jimat lebih...

    Duit Yen Sedang Jatuh? Inilah Masa Untuk melancong ke Jepun! Jimat lebih dengan Kansai Pass!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Universal StudiosUniversal Studios

    Seperti yang kita semua tahu, mata wang Yen, Jepun, kini lebih rendah berbanding Ringgit Malaysia! Bagi korang yang dah lama rancang nak berkunjung Jepun, sekaranglah masanya.

    Masa-masa seperti inilah korang boleh beriadah dan membeli belah di Jepun sepuasnya.

    Tambahan pula, Universal Studios Japan, The Wizarding World of Harry Potter sedang menyambut ulang tahun ke-10 mereka dan korang boleh dapat pelbagai barangan edisi terhad di sana.

    Jom min kongsikan pelbagai aktiviti menarik lain yang korang boleh buat ketika makan angin di Osaka.

    1. Melawat Umeda Sky Building


    Umeda Sky Building merupakan ikon seni bina di Osaka yang menawarkan pemandangan panorama yang menakjubkan dari dek pemerhatian yang berada di tingkat 39.

    Reka bentuknya yang futuristik, pasti membuatkan korang terpegun.

    Di sini korang boleh menikmati pemandangan seluruh bandar Osaka!

    Min pergi waktu malam untuk nikmati mood “City Nightlife” dan seluruh lantai dek dihiasi dengan batu-batu yang menyala dalam gelap!

    Lampu UV juga dipancarkan di sini so,baju korang pun akan menyala dalam gelap! Ala-ala glow in the dark gitu.

    2. Singgah di Universal Studios Japan

    Tempat yang korang wajib pergi di Osaka adalah Universal Studios Japan! Taman tema yang popular ini memang akan buat korang jadi macam budak-budak balik!

    Korang tempah je tiket melalui Klook. Murah pun murah lepastu mudah urusan kita bila dah sampai sana.

    Berikut adalah senarai tarikan yang korang kena cuba di Universal Studios Japan:

    The Wizarding World of Harry Potter


    Kalau korang nak tahu, korang Wizard atau Muggle, haa boleh la test dekat sini!

    Tempat dia memang lawa, sebiji macam dalam lokasi filem Harry Potter! Lagipun pada tahun ini The Wizarding World of Harry Potter menyambut ulang tahun ke-10!

    ALSO READ:  Belon Pecah, Dekorasi Tak Jadi Antara Cabaran Awal Hidayu Usahakan bythedeco

    Korang boleh dapatkan Mug Butterbeer edisi terhad  The Wizarding World of Harry Potter 10th Anniversary 2024 di sana.

    Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati churro edisi terhad perisa Gryffindor (Raspberry) dan Slytherin (Green Apple) !

    Rugi tak cuba, sebab kedua-dua perisa ini hanya ada sepanjang tahun 2024 sahaja.

    Super Nintendo World!

    Super Nintendo World, merupakan dunia yang penuh dengan watak-watak permainan video seperti Mario, Luigi, Bowser dan Princess Peach! Memang menggamit jiwa bila berkunjung ke sini.

    Banyak aktiviti interaktif dan permainan yang boleh korang sertai di sini dan semuanya sesuai untuk segenap peringkat umur.

    No Limit! Summer Splash Parade.


    Perarakan No Limit menampilkan watak-watak kegemaran daripada pelbagai francais Universal Studios, termasuk Minions, Pokemon, Snoopy dan Hello Kitty! 

    Sempena musim panas kali ini, korang boleh saksikan perarakan istimewa versi edisi terhad iaitu No Limit! Summer Splash Parade.

    Perarakan ini lain daripada yang lain kerana watak-watak kartun ini akan menyimbah air kepada pengunjung dengan pistol air dan baldi untuk menyambut kehadiran korang.

    Jadi, kalau korang berkunjung ke sana pastikan korang bawa baju hujan ataupun payung bersama-sama sebagai langkah berjaga-jaga.

    Dispicable Me: Minion Park


    Korang nak cuba jadi Minion?

    Dalam Minion Mayhem korang boleh tunjuk kemahiran korang. Di sini mereka sediakan permainan  simulasi yang membolehkan korang menyertai Minions dalam pengembaraan yang lucu dan mengujakan.

    3. teamLab Borderless Osaka


    teamLab Borderless Osaka adalah muzium seni digital yang menakjubkan, di mana seni dan teknologi bergabung untuk mencipta pengalaman yang interaktif dan imersif.

    Di sini pengunjung berpeluang untuk meneroka bilik-bilik yang dipenuhi dengan pameran cahaya yang berubah-ubah dan menarik.

    ALSO READ:  Lancaran Kempen Bazar Ramadan Tanpa Tunai PayNet Di 7 Negeri Malaysia

    Ada checkpoint yang disediakan dimana korang boleh guna aplikasi teamLab untuk mendapatkan info lanjut mengenai seni-seni yang dipamerkan tersebut.

    4. Kobe Herb Garden

    Kobe Herb Garden adalah destinasi yang sempurna untuk menikmati keindahan dan kekayaan alam semula jadi.

    Terletak di Gunung Rokko, taman herba ini menawarkan pemandangan yang indah dengan pelbagai jenis herba.

    Pengunjung boleh menikmati keindahan di sekitar taman, mencuba teh herba sambil menikmati suasana yang tenang.

    5. Roda Ferris Kobe Mosaic


    Last but not least, korang kena datang dan naik Roda Ferris Kobe Mosaic yang terletak di kawasan pelabuhan Kobe.

    Roda Ferris ini menawarkan pemandangan panorama yang menakjubkan.

    Korang berpeluang untuk menikmati keindahan bandar Kobe dan laut disekitarnya dari atas Roda Ferris.

    Pada waktu malam lagilah cantik, sebab korang boleh saksikan pemandangan lampu-lampu di bandar Kobe.

    Maka, tak hairanlah Osaka merupakan salah satu destinasi yang wajib dikunjungi apatah lagi bandar ini kaya dengan pelbagai tarikan menarik yang akan memberikan pengalaman unik.

    Nikmati landskap menakjubkan Osaka di Umeda Sky Building sambil berhibur di Universal Studios Japan dan rasai keindahan alam semula jadi di Kobe.

    Mahukan lebih penjimatan? Korang boleh beli Have Fun in Kansai Pass! Dengan Pass ini, korang boleh berkunjung ke Kobe Herb Garden, Umeda Sky Building dan banyak lagi secara percuma dan dalam masa yang sama korang akan jimat sehingga 5,900 Yen tau!

    Rugi tak berkunjung ke Jepun, apatah lagi Osaka kerana setiap kunjungan memberikan 1001 pengalaman dan kenangan yang tak akan dilupakan.

    Jika korang dah rancang nak ke Osaka Jepun, pastikan tempat-tempat ini ada dalam itinerary perjalanan korang! Selamat bercuti semua!

    ALSO READ:  [VIDEO] Ernie Zakri Payung SOPRANO Cetus Perhatian Ramai!-“Kami Nak Drama Penthouse Versi Malaysia”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,254FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts