Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Dulu Nak Dapat Naik Gaji Pun Kena Lalui….”-Linda Onn

    “Dulu Nak Dapat Naik Gaji Pun Kena Lalui….”-Linda Onn

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu gaji penyampai radio yang dikatakan mencecah hingga ratusan ribu sebulan menjadi bualan ramai di media sosial.

    Tidak berdiam diri apabila namanya turut dipetik netizen, bekas penyampai radio Linda Onn tampil bersuara mengenai isu yang hangan diperkatakan netizen.

    Menurut Linda menerusi hantaran di Instagram, dia tidak pernah memperoleh gaji sebanyak yang didakwa netizen, serta menjelaskan bahawa jika penyampai radio memenangi anugerah sekalipun, tidaklah akan mendapat gaji sebanyak penyampai radio zaman kini.

    “Pandainya awak cakap gitu. Bestnya lah hai kalau dapat gaji gitu. Mana Linda pernah dapat gitu. Sampai ke sudah pun tak pernah dapat tinggi gitu.

    Dulu menang award pun, nama tengah gah pun, gaji takdelah sampai 10k. Bertuah penyampai radio zaman sekarang. Sampai jejak 50k-100k- 150k sebulan.”-jelas Linda di Instagram

    “Dulu Nak Dapat Naik Gaji Pun Kena Lalui Penilaian..”

    Akui penyampai radio kini berbeza dengan zaman dahulu, Linda menceritakan mereka harus melalui penilaian dan prestasi sebagai penyampai radio jika mahu mendapat kenaikan gaji.

    “Dulu nak dapat naik gaji pun kena lalui penilaian. Tengok KPI. Tengok performance sebagai penyampai dan tengok komitmen kita untuk on the ground event bagi station tu. Bukan senang eh.

    Yelah, back to zaman dulu lain. Mungkin juga zaman dulu ada yang dapat 40k-100k. Tapi Linda tak dapat. Kenapa? Kita terima je lah. Mungkin standard Linda tak sampai tahap tu.”-kongsi Linda lagi

    Walaubagaimanapun, bekas penyampai radio ini berkongsi rasa gembira apabila mengetahui pendapatan penyampai radio kini ada yang sudah mencecah ratusan ribu sebulan.

    Apa komen anda?


    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts