Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDunia Terkejut! Ramai Tahanan Rakyat Israel Bagai Jatuh Cinta Dengan Askar Hamas,...

    Dunia Terkejut! Ramai Tahanan Rakyat Israel Bagai Jatuh Cinta Dengan Askar Hamas, Siap Titip Surat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang wanita Israel telah menulis surat penghargaan kepada Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas atas layanan istimewa yang diberikan sepanjang menjadi tahanan kumpulan itu.

    Surat yang dimuat naik oleh pejuang Hamas itu telah tersebar sejak pagi tadi. Surat tersebut mendedahkan pengakuan ikhlas tahanan Israel yang dibebaskan dalam perjanjian pertukaran sebagai sebahagian daripada gencatan senjata kemanusiaan, bermula Jumaat lalu.

    Wanita tersebut, Danyal, berkata dia sangat terharu atas keprihatinan Hamas dalam menyediakan semua keperluan mereka sepanjang menjadi tahanan, terutama dalam menyantuni anaknya, Emilia, seperti darah daging sendiri.

    “Kepada jeneral yang telah menemani saya dalam beberapa minggu kebelakangan ini, nampakya kita akan berpisah esok tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya untuk kemanusiaan luar biasa yang kalian tunjukkan terhadap anak saya, Emilia.

    “Dia mengakui kalian semua kawannya bukan saja kawan biasa tetapi seseorang yang benar-benar baik dan disayangi,” katanya dalam surat bertarikh 23 November lalu yang diterjemahkan oleh pasukan penterjemah Cinta Gaza Malaysia.

    Danyal berkata, pejuang Hamas sabar melayani kerenah anaknya termasuk memanjakannya dengan manisan, buah-buahan dan semua permintaannya.

    “Terima kasih atas layanan dan banyak masa yang diluangkan sebagai penjaga anak saya biarpun ada ketikanya ia tidak tersedia.

    “Kanak-kanak tidak sepatutnya berada dalam kurungan tetapi terima kasih kepada kalian dan orang baik yang kami temui di sepanjang tempoh ini.

    “Anak perempuan saya rasa macam seorang puteri di Gaza kerana dari pangkat rendah sehingga ke pimpinan atas melayannya dengan baik, lembut dan dengan penuh kasih sayang,” katanya.

    Di akhir suratnya, Danyal berkata, dia amat terhutang budi atas layanan baik yang diberikan sehingga anaknya meninggalkan bumi Gaza dalam keadaan baik dan tidak mengalami trauma psikologi.

    “Saya akan kenang budi baik berikan di sini walaupun situasi sukar yang kalian sendiri hadapi dan kerugian teruk dialami di Gaza.

    “Saya harap kita boleh menjadi kawan baik di dunia ini. Saya doakan anda semua sihat dan salam sayang kepada kalian dan ahli keluarga kalian. Terima kasih banyak-banyak,” katanya.

    Sepanjang empat hari tempoh gencatan senjata ini, Kementerian Luar Qatar berkata, Hamas membebaskan 69 tahanan manakala Israel membebaskan 150 tahanan.

    ALSO READ:  Lelaki Bunuh Teman Wanita Didesak Kahwin kerana Masalah Kewangan

    Secara rasminya, gencatan senjata sementara fasa pertama itu berakhir pada 7 pagi waktu tempatan (1 tengah hari waktu Malaysia), namun semalam kedua-dua pihak dilaporkan mencapai kata sepakat untuk melanjutkan dua hari lagi gencatan senjata sehingga 7 pagi waktu tempatan iaitu Khamis.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts