Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDuo DJ Ikonik Ean & Haniff Berganding, Kendali Rancangan Pagi Baharu Di...

    Duo DJ Ikonik Ean & Haniff Berganding, Kendali Rancangan Pagi Baharu Di Fly FM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Stesen radio berbahasa Inggeris milik Media Prima Audio (MPA), iaitu Fly FM sentiasa memainkan muzik paling menggeletar Malaysia sepanjang hari bertujuan untuk menghibur dan memberikan maklumat melalui komedi yang lucu, penceritaan bertaraf dunia dan kandungan yang memikat buat para pendengar mereka.

    Ean & Haniff muka baharu Fly FM

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Fly FM Malaysia (@flyfm958)

    Demi memastikan kualiti tersebut terus disampaikan kepada pendengar, Fly FM mengumumkan perubahan yang semestinya bakal membawa landskap baharu dalam bidang penyiaran radio dengan kedatangan penyampai radio baharu yang pastinya akan menyegarkan halwa telinga pendengar.

    Secara sukacitanya, Fly FM mengalu-alukan kedatangan dua penyampai radio ikonik Malaysia iaitu Ean dan Haniff, ke stesen radio tersebut bagi mengendalikan rancangan pagi terbaharu, ‘EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast.’

    Menurut Sean Matjeraie selaku Pengarah Kandungan Fly FM, kemunculan dua penyampai radio ikonik itu pastinya akan menunjukkan perubahan terhadap strategi penyiaran yang cuba disampaikan stesen radio berkenaan.

    Membawa Ean dan Haniff ke Fly FM merupakan satu langkah strategik yang mengukuhkan lagi barisan radio berbahasa Inggeris terbaik di Malaysia. Kami tidak sabar untuk melihat sumbangan mereka, dalam masa terdekat dan pada masa depan!

    Ean & Haniff berganding bahu!

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Fly FM Malaysia (@flyfm958)

    Sementara itu, Ean yang terkenal dengan kandungan lucu serta fokusnya kepada komuniti meluahkan rasa teruja apabila dapat menjadi sebahagaian daripada projek baharu itu.

    Menyertai Fly FM berasa seperti pulang ke rumah di mana stesen radio ini mencerminkan sentimen komuniti dan peribadi saya dalam menunjukkan kesedaran sosial yang sejati.

    Saya tertarik dengan kempen mereka, seperti “24 Hours Of Hind’s Hal”, #MacklemoreInMalaysia, untuk mengajak artis pro-Palestin itu membuat persembahan di Malaysia serta bersama-sama dalam perarakkan dalam perhimpunan pro-Palestin di Bukit Bintang tempoh hari.

    Ini adalah sebab-sebab utama mengapa saya mahu sertai keluarga Fly FM dan menjadi sebahagian daripada hala tuju Fly FM untuk menjadi jenama radio berbahasa Inggeris yang paling sering diperkatakan masyarakat Malaysia.

    Dalam pada itu, Haniff yang beralih dari stesen radio berbahasa Melayu memaklumkan bahawa meskipun agak mencabar namun, menyertai stesen radio berbahasa Inggeris merupakan impiannya sejak dari dulu lagi.

    Menyertai stesen radio berbahasa Inggeris adalah impian saya. Ini merupakan satu cabaran yang akan saya hadapi di Fly FM, sebuah stesen yang mengutamakan kandungan yang tidak mudah dilupakan dan berfokus kepada komuniti di Malaysia, sangat memberi inspirasi kepada saya.

    Buat para pendengar setia Fly FM, anda boleh dengarkan ‘EH! It’s Ean and Haniff On The Fly Breakfast’, satu rancangan pagi baharu yang penuh dengan gelak ketawa, kejutan, dan kandungan yang lokal pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula dari jam 6 hingga 10 pagi bermula 5 Ogos ini.

    ALSO READ:  Hazeman Huzir Kongsi Tips ‘Travel’, Latih Diri Bawa Bagasi Saiz Medium – ‘Selidik Dulu Populasi Negara Itu’

    Antara segmen terbaharu yang boleh dinantikan termasuk segmen “wake-up call” mereka, “EH! Bangun Lah!” yang menambah sentuhan dramatik pada pagi peminat, dan “6 Degrees of Separation”, yang akan cuba untuk menghubungkan dengan personaliti antarabangsa terbesar.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts