Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDuo Sepupu Ayie, Salma Juara Minggu Kedua FD4! Dapat Markah Penuh...

    Duo Sepupu Ayie, Salma Juara Minggu Kedua FD4! Dapat Markah Penuh & Standing Ovation Daripada Juri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Duo sepupu Ayie Floor 88 dan Salma Asis diumumkan sebagai duo terbaik pada minggu kedua Famili Duo Musim ke-4 (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad.

    Ayie, Salma menyala!

    Bertemakan tradisional, pasangan duo itu telah menyampaikan tiga buah lagu secara medley iaitu Bujang Senang, Joget Siapa Dia dan Joget Berhibur.

    Menerusi kemenangan itu, Ayie dan Salma berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 sebagai habuan serta hamper tajaan Perfume Paradise.

    Juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam turut memberikan ‘standing ovation’ serta markah penuh kepada duo tersebut.

    Kata Mas Idayu, dia sangat berpuas hati dengan persembahan Ayie dan Salma dari semua sudut termasuk vokal dan konsep persembahan.

    Saya nampak dan dapat rasa macam suasana di kampung. Saya tak sangka persembahan sebegini meriah dan sangat kreatif.

    Kalian sangat best, suara Salma dan Ayie sangat bagus, penggunaan pentas juga sangat baik.

    Sementara itu, Rosyam memuji jalan cerita dan karakter yang dipamerkan dalam persembahan duo itu.

    Inilah persembahan! Persembahan yang disulami dengan karakter. Ada kemeriahan dan cerita dalam persembahan.

    Satu persembahan yang penuh dengan budaya termasuk pakaian. Apa pun persembahan kalian sangat cun!

    Ayie dan Salma turut diberi peluang untuk memilih tema pada minggu ketiga iaitu ‘Hip Hop/ Pop/ Pop Dance’.

    Dihoskan Sharif Zero dan Janna Nick, FD4 bersiaran langsung dari studio NTV7, Glenmarie Shah Alam dan dipancarkan terus di TV3, Ahad jam 9 malam.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,203FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts