Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentDurioo+ Perkenalkan Animasi Sci-Fi Islamik Pertama – “ILM: Kebangkitan Khalifah”

    Durioo+ Perkenalkan Animasi Sci-Fi Islamik Pertama – “ILM: Kebangkitan Khalifah”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim, Durioo+ memperkenalkan siri animasi terbaharu dengan menggabungkan genre aksi, sains-fiksyen dan Islamik iaitu ILM-Kebangkitan Khalifah yang pada Ramadan, tahun ini.

    Menerapkan Unsur Islam

    via durioo+

    Genre ini merupakan kali pertama diperkenalkan dalam industri animasi seluruh dunia.

    ILM-Kebangkitan Khalifah akan menerapkan unsur Islam yang mendalam dengan elemen sains fiksyen dan aksi menarik.

    Siri ini adalah karya terbaharu dalam rangkaian animasi terkenal dan sangat berbeza berbanding siri lain kerana jalan cerita inovatif dengan menyasarkan penonton kanak-kanak berusia antara 8 hingga 12 tahun.

    Memperkenalkan Logo

    via durioo+

    Sebagai langkah memperkenalkan siri animasi berkenaan, Durioo+ turut mempersembahkan logo ILM-Kebangkitan Khalifah.

    Logo ini juga menampilkan perincian moden dan menarik, malah mampu mencerminkan intipati tema sains fiksyen dalam siri berkenaan.

    Durioo+ semakin dikenali dalam kalangan ibu bapa kerana menjadi platform penstriman selamat untuk kanak-kanak Muslim yang bertujuan memastikan semua kandungan berkualiti menawarkan nilai baik dan pengalaman unik kepada kanak-kanak.

    Selain menawarkan kandungan berlesen daripada studio produksi yang terkenal seperti PinkFong, Aardman, Les Copaque dan lain-lain, Durioo+ juga memiliki studio produksi sendiri yang sudah menghasilkan banyak siri animasi Islam terkenal.

    Merangkumi Pelbagai Genre

    via durioo+

    Durioo+ adalah platform video selamat khas untuk kanak-kanak Muslim, kini menjelma sebagai nama terkemuka dalam dunia penstriman yang sesuai untuk tontonan kanak kanak Muslim.

    Ia merangkumi genre animasi, bukan animasi, dokumentari dan banyak lagi di samping tambahan lebih 100 video baharu setiap minggu.

    Durioo+ juga mengkhususkan penghasilan video dan siri Islam berkualiti sesuai untuk kanak-kanak Muslim seluruh dunia.

    Antara beberapa siri yang dihasilkan sendiri oleh pihak produksi Durioo+ adalah siri Durioo+ Original, Durioo+ Creators dan lain-lain lagi.

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts