Pelakon Dynas Mokhtar meluahkan rasa berang dengan segelintir netizen yang meninggalkan komen berbaur lucah pada sebuah hantaran video memaparkan dia sedang bermain ‘skipping’.
‘Goyang itu, goyang ini’
Dynas atau nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, perkongsian tersebut bertujuan memberi motivasi kepada orang luar menurunkan berat badan dengan cara melakukan senaman.
Namun, tidak menyangka apabila hantaran itu telah disalah erti oleh segelintir netizen yang ‘otak kuning’.
Saya ada posting video bermain skipping dan saya lihat ramai sangat yang komen ‘goyang ini lah, goyang itu lah’.
Korang! Saya buat video itu untuk memberi motivasi bagaimana cara kurangkan berat badan.
Tetapi ada bahagian ‘goyang’ kerana saya gemuk. Jadi saya ingin sampaikan kepada orang luar yang gemuk macam saya supaya insaf.
Ini adalah satu cara untuk saya beri kesedaran dan saling memberi motivasi.
Dynas meluahkan perkara tersebut di platform TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Dynas menasihati pengguna media sosial supaya menghiraukan perkongsian tersebut sekiranya tidak berminat untuk menonton.
Perkongsian itu berniat yang positif, kenapa mesti netizen lihat benda yang bergoyang?
Saya betul-betul tak faham. Kalau kalian tidak suka dengan apa yang dilihat, tolong tinggalkan posting itu.
Video
@dynasmokhtar_tiktokGeram!!!!! Sekian luahan hati ku! Positive sahaja pls? original sound – dynasmokhtar_tiktok