Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEddie Hamid Tak Kisah Netizen Tukar & Tambah Lirik Lagu Cinta Setandan...

    Eddie Hamid Tak Kisah Netizen Tukar & Tambah Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Dengan Perkataan P*l Kuda

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Komposer terkenal Eddie Hamid memberitahu dia tidak kisah sekiranya segelintir netizen menukar dan menambah lirik lagu Cinta Setandan Pisang atau Bea Soba Bea dengan perkataan pil kuda.

    Itu hak masing-masing

    Memetik laporan Harian Metro, Eddie berkata, semua individu mempunyai hak masing-masing untuk menukar atau menambah lirik sedia ada berikutan penangkapan seorang penyanyi wanita bersama lima individu lain berhubung kes dadah di Sungai Golok Thailand, baru-baru ini.

    Bila ada (netizen) yang tukar dan tambah lirik lagu Cinta Setandan Pisang itu dengan perkataan pil kuda, saya okay dan tak apalah. Itu hak kebebasan masing-masing dan saya baca saja komen-komen ditulis.

    Ada bermacam-macam komen baru yang saya baca ditulis pada ruangan komen di saluran YouTube Kijang Music yang memuat naik muzik video lagu Cinta Setandan Pisang, termasuk ada lirik ditukar dan ditambah netizen.

    Antara komen saya baca itu, ada mendakwa lagu Cinta Setandan Pisang makin ‘viral’ sebab pil kuda, bea kuda bea (lirik baharu) dan banyak lagi.

    Tambah Eddie, dia sedar ada segelintir individu menukar lirik lagu Cinta Setandan Pisang ke bahasa Thailand.

    Berbicara mengenai nasib dua lagu baharu ciptaannya iaitu Tokleh Nak Soba dan Bea Soba Bea Raya yang kini ditangguh rakaman studio, Eddie secara ringkas menjawab dia tetap dengan keputusan mahu menunggu penyanyi wanita tersebut sehingga dibebaskan.

    Saya mengikuti perkembangan kes itu dan penyanyi terbabit kini difahamkan ditahan untuk siasatan lanjut selama 84 hari. Jadi, saya akan tunggulah sehingga dia dibebaskan dan buat rakaman yang tertangguh itu.

    Ini kerana lagu Tokleh Nak Soba dan Bea Soba Bea Raya memang saya buat untuk dia. Lagu itu kena dengan vokalnya yang tersendiri dan kalau tukar dengan penyanyi wanita lain, macam kurang sesuai pula.

    Apapun, tengoklah macam mana nanti sebab kes di sana (Thailand) pun masih disiasat lagi. Belum dijatuhkan hukuman. Cuma, kalau saya nak tukar penyanyi pun mungkin untuk lagu Bea Soba Bea Raya sebab nak ‘release’ pada hari raya Aidilfitri nanti.

    Sebelum ini, media melaporkan penangkapan enam individu termasuk seorang penyanyi wanita popular di Kelantan antara yang ditahan di Sungai Golok, Thailand berkaitan kes dadah membabitkan 6,000 pil kuda.

    ALSO READ:  Khairul Aming Dedah Terkena Jangkitan E. Coli Sewaktu Beri Bantuan Banjir – ‘Cirit 5 hari Tak Berhenti Sampai Badan Dehydrated’

    Semua individu berkenaan disahkan positif dadah, dengan masing-masing tidak boleh diikat jamin sepanjang tempoh siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa Thailand selama 84 hari.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts