Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, October 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEdisi Ke-11 Warner Music Fest 2024 Bakal Meriahkan Kampus Universiti Seluruh Malaysia

    Edisi Ke-11 Warner Music Fest 2024 Bakal Meriahkan Kampus Universiti Seluruh Malaysia

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Warner Music Malaysia (WMM) berbesar hati untuk mengumumkan kembalinya Warner Music Fest 2024 untuk tahun ke-11, menampilkan jelajah muzik secara langsung di lapan universiti di seluruh negara, menghimpunkan bakat muzik terkemuka negara untuk satu siri persembahan yang menarik. Ia juga kali pertama Warner Music Fest akan dibawa ke Sabah dan Sarawak.

    WMM juga teruja untuk mengumumkan Perfume Paradise sebagai penaja utama. Dikenali dengan wangian mewah pada harga mampu milik, Perfume Paradise kukuh sebagai jenama minyak wangi terkemuka Malaysia, khususnya dalam menarik minat generasi muda.

    Acara tahunan ini yang bermula pada 2012 terhenti semasa pandemik. Ia kemudian diteruskan pada 2022 dan memberi peluang kepada artis untuk berhubung dengan peminat terbesar dan paling bersemangat mereka iaitu golongan muda.

    Jelajah ini akan bermula di Kuching, Sarawak dan diteruskan di Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Sabah dan berakhir di Batu Pahat, Johor. Ia menawarkan perjalanan muzik yang menarik di seluruh Malaysia bermula dari 3 November.

    Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Dinesh Ratnam dalam sidang media di The Majapahit @Arcoris menyatakan keterujaannya mengenai jelajah dan misinya.

    “Di Warner Music Malaysia, kami sentiasa komited untuk memupuk dan mempamerkan bakat tempatan. Warner Music Fest 2024 mewakili lebih daripada muzik; ia merangkumi intipati komuniti, kreativiti dan bakat luar biasa yang ditawarkan oleh Malaysia.” kata Ratnam.

    Ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan persembahan bakat paling dicari di Malaysia, termasuk Amsyar Leee, Bunga, Dinda Dania, Luqman Podolski, Rizal Rasid, Syamel, TUJU, Wani Kayrie, Zynakal dan ramai lagi. Setiap artis bersedia untuk menawan penonton dengan gaya unik dan lagu popular mereka menerusi keajaiban muzik yang dibawa.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Satu Hari 3 Kali Makan Salad, Rumah Saya Penuh Salad’ – Intan Najuwa

    Selain persembahan langsung, pelajar universiti boleh menantikan aktiviti menarik seperti sesi ‘meet & greet’ yang membolehkan mereka bertemu secara dekat dengan artis kegemaran mereka.

    Berikut adalah senarai penuh tarikh dan lokasi Warner Music Fest 2024 :

    Dengan deretan artis untuk menarik minat pelbagai cita rasa muzik, Warner Music Fest 2024 bersedia untuk menjadi acara kemuncak tahun ini. WMM berharap dapat memberi inspirasi kepada pencinta muzik generasi akan datang dan memupuk pembangunan industri muzik tempatan.

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts