Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Edit’ Gambar Dhabitah Tak Senonoh, Jiggy Ambik Tindakan Undang-Undang Mahu Lindung Maruah...

    ‘Edit’ Gambar Dhabitah Tak Senonoh, Jiggy Ambik Tindakan Undang-Undang Mahu Lindung Maruah Isteri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, pengacara, dan anggota kumpulan lawak Masin, Jiggy, 35, baru-baru ini mengambil langkah tegas untuk melindungi maruah keluarganya.

    Jiggy yang juga dikenali sebagai Mohammad Aizat Ahmad Nazri, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyunting gambar isterinya, atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 25, menjadi tidak senonoh dan menyebarkannya di media sosial.

    Dalam perkongsian terbaru di Instagram Story (IG’s), Jiggy meluahkan rasa marah dan kecewanya terhadap tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut yang sanggup menyunting dan memuat naik gambar Nur Dhabitah, hingga mencetuskan perhatian ramai.

    “Berdasarkan kenyataan pegawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan,” kata Jiggy dalam luahannya.

    Jiggy turut mendedahkan bahawa gambar-gambar tersebut sampai ke tangannya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir dalam satu pertandingan terjun.

    “Sanggup menyunting dan memuatnaik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara,” ujarnya.

    Menurut Jiggy, dia masih boleh bertoleransi dengan komen berbaur kecaman di media sosial, namun apabila tindakan melampaui batas sehingga menyunting gambar isteri menjadi tidak senonoh, ia sudah melampaui tahap yang boleh diterima.

    “Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Nur Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi.”

    Jiggy juga menyatakan rasa kecewa terhadap hilangnya adab dalam kalangan sesetengah pengguna media sosial.

    “Lebih buat saya sakit hati apabila fikirkan adab masing-masing yang dah tiada. Sebagai manusia, kalau nak pandang dari sudut sukan, okeylah. Tapi, tolong faham masih ada hadnya,” tambahnya.

    Jiggy menegaskan bahawa tindakan undang-undang yang diambilnya ini adalah sebagai pengajaran dan peringatan kepada mereka yang berkelakuan keterlaluan di media sosial.

    ALSO READ:  [VIDEO] Tunku Azizah Cemar Duli Ke Rumah Maria Tunku Sabri, Curi Perhatian Netizen!

    “Tindakan undang-undang diambil untuk mengingatkan segelintir pengguna media sosial bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya bersikap keterlaluan dan menghina orang lain,” jelasnya.

    Tindakan Jiggy ini mendapat sokongan daripada peminat dan rakan-rakan artis yang turut berpendapat bahawa tindakan tegas seperti ini perlu diambil untuk memelihara maruah dan kehormatan individu, terutama dalam era digital yang mudah disalahgunakan ini.

    Semoga tindakan Jiggy menjadi peringatan kepada semua agar lebih beradab dan bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts