Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentEjen Ali The Movie 2 Bakal Terjah Pawagam Tahun Depan! Tayangan Trailer...

    Ejen Ali The Movie 2 Bakal Terjah Pawagam Tahun Depan! Tayangan Trailer Khas Kini Boleh Ditonton

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ejen Ali the Movie 2Ejen Ali the Movie 2

    Perhatian kepada ejen-ejen semua! Primeworks Studios dan WAU Animation dengan bangganya  mempersembahkan tayangan trailer khas bagi misi baharu Misi: First Look Ejen Ali the Movie 2 (EATM 2), buat pertama kalinya.

    Ejen Ali kembali!

    Ejen Ali the Movie 2Ejen Ali the Movie 2

    Majlis pelancaran yang berlangsung pada 13 September lalu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, sebagai sebahagian daripada pelancaran program di Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 (MYDCF) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre). 

    Misi baharu EATM 2 ini merupakan trailer teaser rasmi yang menampilkan aksi berintensiti tinggi, misteri yang mendebarkan dengan penuh tanda tanya serta diselang-selikan bersama babak dan sinematik yang menyentuh hati untuk tontonan seisi keluarga.

    Selepas kejayaan pecah panggung menerusi filem pertama Ejen Ali The Movie (EATM) pada tahun 2019, sekuel filem kedua, EATM 2, kini seterusnya melantik Ejen Ali sebagai juruterbang Projek Satria, iaitu sebuah sut berperisai baharu dengan bantuan  program Kecerdasan Buatan (AI) yang direka khas bagi mengoptimumkan lagi prestasi fizikal dan kemahiran mental ejen-ejen MATA semasa menjalani misi rahsia mereka.

    Menurut Pengarah EATM 2 dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin, pihaknya amat teruja memperkenalkan sekuel baharu itu yang telah ditingkatkan tahap kualiti pembikinan.

    Kami sangat teruja untuk memperkenalkan misi baharu tayangan pertama Ejen Ali The Movie 2 di MYDCF hari ini.

    Kami di WAU telah mencabar diri kami dalam penyelidikan dan pembangunan untuk tidak hanya meningkatkan kualiti produksi teknikal filem ini, tetapi juga untuk menghasilkan jalan cerita yang menarik bagi peminat yang menantikan misi Ejen Ali yang seterusnya.

    Kami berharap agar filem ini mendapat maklum balas positif serta tidak sabar untuk berjumpa dengan kesemua ejen-ejen yang setia bersama Ejen Ali di pawagam nanti.

    Trailer khas

    Ejen Ali the Movie 2Ejen Ali the Movie 2

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Nini Yusof, berkata, pihaknya akan menyiarkan lebih banyak kandungan khas Ejen Ali The Movie 2.

    EATM 2 adalah filem yang sangat dinantikan dalam perancangan kami dan kami juga harus berterima kasih kepada peminat semua serta MDEC atas sokongan berterusan mereka. 

    Memandangkan kami bakal mendedahkan dan menyiarkan lebih banyak lagi kandungan khas berkenaan EATM2 ini di seluruh platform Media Prima menjelang tayangannya nanti, saya ingin mengalu-alukan kepada semua untuk terokai peluang kerjasama sebagai rakan kongsi dengan Ejen Ali melalui kandungan penjenamaan, program pelesenan dan pembarangan.

    Sekuel yang dinanti-nantikan ini dijangka akan menggegarkan pawagam secara rasminya pada tahun 2025 dengan mengekalkan barisan penyumbang suara watak utama iaitu Ida Rahayu Yusoff sebagai Ejen Ali bersama kucing peliharaannya, Comot, Noorhayati Maslini Omar sebagai Ejen Alicia, Shafiq Isa sebagai Ejen Bakar dan Azman Zulkiply sebagai Rizwan dan Jeneral Rama.

    ALSO READ:  Rumah Sajat Tiada Pembida, Harga Diturunkan Lagi Kepada RM4.21 Juta

    Tayangan khas trailer teaser rasmi misi baharu Misi : First Look Ejen Ali the Movie 2 (EATM 2), sudah ditayangkan secara rasmi pada pukul 9.00 malam, pada 13 September 2024 di saluran YouTube rasmi Ejen Ali.

    Ayuh sama-sama kunjungi www.youtube.com/ejenali untuk dapatkan info menarik dan terkini mengenai Ejen Ali the Movie 2.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts