Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElak Anak Bawah 4 Tahun Bosan & Buat Perangai Ketika Beraya, Mak...

    Elak Anak Bawah 4 Tahun Bosan & Buat Perangai Ketika Beraya, Mak Ayah Cuba Bagi Tonton Siri Netflix Berikut…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mak dan ayah memang susah hati bila tiba musim perayaan. Iyalah, mak ayah nak beraya dengan tenang pun tak boleh kerana anak asyik buat perangai dan tak mahu duduk lama.

    Kadang kala berikan alat permainannya anak pun tak menjadi. Akhirnya mak ayah ini terpaksalah memberikan gajet terutamanya telefon pintar pada anak untuk alih perhatian mereka.

    Psst… Daripada berikan telefon pintar untuk main games, apa kata mak ayah buka rancangan siri Netflix yang sesuai dengan usia anak. Siri ini bukan sahaja boleh alihkan perhatian mereka, malah boleh beri kesan pada perkembangan mindanya.

    Simon 

    YouTube video

    Dengan imaginasinya, Simon si arnab mencari keseronokan sambil belajar tentang kepentingan tanggungjawab dan komunikasi.

    Puffin Rock 

    YouTube video

    Oona, Baba dan rakan-rakan mereka belajar tentang alam semula jadi, persahabatan dan keluarga di Puffin Rock.

    Llama Llama 

    YouTube video

    Diadaptasi dari buku kanak-kanak, Llama Llama menyentuh tentang keluarga, persahabatan dan pembelajaran tentang perkara baharu.

    Cleo & Cuquin 

    YouTube video

    Adik beradik Cleo dan Cuquin bersemangat untuk mencuba profesion yang berbeza setiap hari bagi membantu adik beradik mereka menyelesaikan masalah sambil menikmati pengembaraan baru.

    Treehouse Detective 

    YouTube video

    Apabila rakan haiwan memerlukan bantuan, adik beradik Toby dan Teri menggunakan petunjuk dan mengikuti klu untuk menyelesaikan misteri di halaman rumah mereka sendiri.

    Sylvanian Families Mini Episodes

    YouTube video

    Daripada mengadakan parti hingga merancang pertunjukan fesyen, keluarga arnab Hopscotch bersedia untuk melompat ke dalam pengembaraan harian di bandar manis mereka.

    Mak ayah yang nak beraya dengan tenang di rumah kawan-kawan atau sanak saudara, bolehlah bersedia dengan siri di atas. Good luck!
    ALSO READ:  Banyak Sangat Kes Curang, Netizen Saran Pihak Berwajib ‘Banned’ Aliff Aziz – ‘Serius Menjatuhkan Maruah Agama’



    Credit: IbuBapa – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts