Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElak Komplikasi Tidak Diingini, Kerajaan Akan Tawar Vaksin Percuma Buat Warga Emas

    Elak Komplikasi Tidak Diingini, Kerajaan Akan Tawar Vaksin Percuma Buat Warga Emas

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kredit foto: freepik & unsplash.com

    Influenza bukanlah virus baharu dikalangan masyarakat, malah ada yang sudah menganggap ia sebagai sekadar virus pembawa demam yang ‘bermusim’

    Namun tak ramai sedar bahawa virus ini boleh membawa maut buat mereka yang berisiko tinggi terutama sekali warga emas.

    Vaksin percuma penting demi kesejahteraan rakyat

    Kredit foto: unsplash.com

    Mengambil kira akan kesejahteraan orang ramai terutama sekali golongan yang sudah berusia lanjut, Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan berita gembira bahawa Kementerian Kesihatan dalam perancangan untuk menyediakan vaksinasi influenza tahunan percuma untuk warga emas di bawah Program Imunisasi Kebangsaan, bermula tahun 2025.

    Antara negara-negara lain yang telah menjalankan vaksinasi influenza percuma buat warga emas adalah Thailand, Laos, Filipina dan Singapura.

    Ini menunjukkan bahawa program ini adalah penting demi kesihatan ramai. Jika tidak dilakukan, negara berkemungkinan berdepan dengan krisis kesihatan yang boleh mengorbankan nyawa.

    Influenza jauh lebih serius berbanding demam biasa

    Pengerusi Kumpulan Kerja Influenza Malaysia (MIWG), Prof Dr Zamberi Sekawi menyokong penuh akan program vaksinasi percuma ini bagi mengatasi risiko yang berterusan.

    Kata Prof Dr Zamberi Sekawi, influenza jauh lebih serius daripada demam biasa dan bukan sekadar ‘selesema biasa’. Walaupun semua orang, termasuk golongan muda dan sihat, berisiko dijangkiti influenza namun ia sangat berisiko buat warga emas.

    Hanya satu jangkitan sahaja sudah cukup untuk meningkatkan risiko serangan jantung sebanyak 10 kali ganda dan strok oleh kerana pembekuan darah.

    Kredit foto: freepik

    Warga emas di negara ini juga lebih cenderung mengalami komplikasi seperti pneumonia, keradangan jantung dan sepsis yang memerlukan rawatan di hospital dan jika tidak bernasib baik, boleh menyebabkan maut.

    ALSO READ:  Hazeman Huzir Kongsi Tips ‘Travel’, Latih Diri Bawa Bagasi Saiz Medium – ‘Selidik Dulu Populasi Negara Itu’

    Dianggarkan 70% peratus pesakit influenza di hospital adalah mereka yang berusia 65 tahun ke atas dan 85% daripada kematian yang berkaitan dengan influenza.

    Kredit foto: unsplash.com

    Lebih parah lagi sekiranya mereka yang dijangkiti influenza menghidapi lebih daripada satu penyakit tidak berjangkit (NCD). Di Malaysia, perkara ini adalah ‘biasa’ dikalangan warga emas kita.

    Keburukannya, risiko kematian meningkat sehingga 20 kali ganda bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung dan paru-paru, 5 kali ganda bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung dan 3 kali ganda bagi mereka yang mempunyai penyakit kencing manis.

    Bukan itu sahaja, influenza boleh memburukkan atau merumitkan gejala NCD. Contohnya, mereka yang menghidap kencing manis bakal berdepan risiko glukosa tidak seimbang sekaligus memburukkan lagi keadaan kesihatan mereka.

    Suntikan tahunan membantu menyelamatkan nyawa

    “Sebagai salah seorang barisan hadapan yang menyaksikan sendiri kesan risiko tinggi dan komplikasi daripada influenza di kalangan warga emas,

    Saya menyeru seluruh komuniti profesional kesihatan untuk terus bertindak dengan menyokong dan memainkan peranan aktif untuk mendidik serta menggalakkan vaksinasi influenza tahunan, terutamanya dalam kalangan populasi yang rentan ini.” ujar Prof Dr Zamberi Sekawi.

    Jadi, beliau mengajak orang ramai untuk mengambil langkah proaktif bagi melindungi diri sendiri dan orang tersayang dengan mengambil suntikan tahunan.

    Satu langkah mudah ini sangat membantu untuk mengurangkan gegala influenza yang teruk serta komplikasinya.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts