Pempengaruh media sosial, Elcah meluahkan rasa geram dengan perbuatan pempengaruh Andika Putera yang didakwa mengugut bekas isterinya, Ananda Natasha.
Artikel berkaitan: Elcah Dedah Suami Diganggu Pramugari, Siap Minta RM20K! – ‘Seronok Eh Dia Panggil Suami Orang Baby Sayang, I Love You’
Artikel berkaitan: Andika Putera Ugut Nak Sebar Video ‘Bersama’ Bekas Isteri? – ‘Nampak Muka Awak Je, Tak Nampak Saya’
‘Dah berjaya ego teruk!’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha berkata, Andika ibarat kacang lupakan kulit yang melupakan jasa seorang isteri selepas mencapai kejayaan.
Malah, dia turut berasa marah dengan perbuatan Andika yang berlaku curang selepas kehidupan dilimpahi kemewahan.
Lupa agaknya dulu susah sampai ke senang dengan bini tu. Ikut je bini dia tu kesana kesini.
Dah berjaya ego teruk! Curang pula tu. Aku baran ni laki curang tak sedar diri bila dah senang ada duit, ada harta lupa anak bini yang ada dengan dia waktu susah.
Dalam pada itu, Elcah percaya setiap perbuatan buruk akan dibalas oleh Allah SWT.
Kau tengok jela balasan Allah tu. Kau aniaya bini macam tu.
Terdahulu, Andika memberi menjelasan panjang lebar berhubung untuk mempertahankan dirinya susulan pendedahan Natasha yang mendakwa dia berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.
Selain itu, Natasha turut mendakwa Andika mengugutnya untuk menyebarkan video mereka bersama selepas diminta untuk membayar hutangnya sebanyak RM600.