Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElcah Dedah Suami Diganggu Pramugari, Siap Minta RM20K! – ‘Seronok Eh Dia...

    Elcah Dedah Suami Diganggu Pramugari, Siap Minta RM20K! – ‘Seronok Eh Dia Panggil Suami Orang Baby Sayang, I Love You’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial, Elcah membuat pendedahan mengejutkan mendakwa seorang wanita telah menganggu rumah tangganya bersama suami, Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.

    Pramugari ganggu suami orang?

    Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha mendakwa wanita terbabit yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkenal itu pernah meminta wang berjumlah RM20,000 suaminya.

    Tak bayar gaji ke sampai layan suami orang. Siap panggil baby sayang, i love you suami orang, Amboi.

    Dalam pada itu, Elcah mendakwa wanita terbabit sudah mengganggu hubungannya dengan pasangan sejak mereka belum berkahwin lagi.

    Saya dah beri amaran awak sebelum kahwin tapi awak memang beranai lepas kahwin muncul lagi. Seronok eh dia panggil suami orang baby sayang, panggil i love you. Lepas tu mudah je mintak RM20k.

    Dah ambil suami orang, nak ambil duit suami saya juga? Awak cari semua kawan suami saya supaya mereka tahu hubungan awak kan?

    Sementara itu, Elcah meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya, Basheera yang terpaksa membesar dalam keluarga yang bermasalah.

    Kau tengok muka budak ni, kau tak rasa kasihan ke dekat anak aku ni? Sampai bila budak kecil yang tak tahu apa-apa ni nak hidup ke sana ke sini sampai besar? Mana pergi hati kau?

    Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Hafizuddin pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.

    Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.

    ALSO READ:  Bella Astillah & Anak-Anak Gembira Sambut Aidilfitri Tanpa Aliff Aziz – ‘Saya Memang Tak Jumpa Mahupun Berhubung’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts