Pelakon jelita, Elfira Loy meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk menunaikan ibadah haji bersama ibu tercintanya, Filzah Yusoff akhirnya tercapai.
Rezeki dijemput kali kedua
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini mendedahkan bahawa dia mempunyai peracangan untuk mengerjakan ibadah haji bersama ibunya sejak beberapa tahun lalu.
Namun, hasratnya itu terpaksa dibatalkan kerana dia mengenangkan anak-anak yang masih kecil ketika itu.
Syukur sangat impian mama and El untuk mengerjakan haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya termakbul.
Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan haji dari Tabung Haji (TH) tapi disebabkan El memikirkan anak jadi El menolak dan dahulukan mama.
Walau bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘Rentap’ ini memaklukan dia kemudiannya menerima undangan daripada Kementerian Media Arab Saudi untuk mengerjakan rukun Islam kelima itu pada hari kenduri doa selamat sempena keberangkatan ibunya ke Makkah.
Tetapi , di hari doa selamat mama El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Saudi Arabia.
Masya-Allah Tabarakallah, Allah benar-benar menjemput El sehingga dua kali jemputannya.
Jadi El tawakal pada Allah dan El pergi sahaja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sehingga hari melontar.
Posting Elfira Loy
View this post on Instagram