Pelakon, Elfira Loy menitipkan rasa syukur apabila mendapat jemputan pada saat akhir untuk menjadi tetamu Allah bagi menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah.
Jemputan Haji Di Bawah Kementerian Media Arab Saudi
Elfira menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia mendapat panggilan jemputan Haji di bawah Kementerian Media Arab Saudi selepas menghantar ibunya untuk menunaikan Haji.
“Saya menyambut baik panggilan Allah , melalui sambutan Haji dibawah Kementerian Media Arab Saudi. Jemputan ini adalah disaat terakhir ketika semua perancangan mereka telah selesai tapi saya anggap inilah panggilan yang sangat istimewa.
Disaat akhir , selepas menghantar ibu ke Haji saya mendapat berita tentang jemputan ini. Allah Maha Baik , baik sangat dengan saya.
terima kasih ya Allah..”-kongsi Elfira Loy
View this post on Instagram
Mohon Doa Orang Ramai
Tambahnya lagi, dia turut memohon maaf kepada semua pihak serta memohon doa orang ramai agar urusannya menunaikan ibadah Haji dipermudaahkan Allah SWT.
“Saya Nurul Elfira Loy dengan rendah diri memohon maaf seandainya saya ada terguris hati dan buat anda tak senang dengan saya. Maafkan saya ya.
Doakan semoga perjalanan saya tenang , mudah dan selamat dan semoga saya peroleh Haji Mabrur.”-titip Elfira di Instagram
View this post on Instagram
Elfira sebelum ini, meluahkan rasa tidak percaya apabila doanya untuk menjadi tetamu Allah menjadi kenyataan. Kongsi Elfira menerusi hantaran berbeza di Instagram pada Ahad, undanga yang diterima itu berlaku hanya dalam tempoh yang singkat iaitu hanya satu minggu sahaja.
View this post on Instagram
Alhamdulillah, sama-sama kita doakan agar Elfira Loy memperoleh Haji yang Mabrur…