Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElizabeth Tan Kekok Diberi Angpau, Tidak Pernah Membeli Baju Hitam Untuk Tahun...

    Elizabeth Tan Kekok Diberi Angpau, Tidak Pernah Membeli Baju Hitam Untuk Tahun Baru Cina – ‘Tanda Malang Nasib’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    lizzy cnylizzy cny

    Sempena sambutan Tahun Baru Cina, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memaklumkan bahawa dia akan pulang ke kampung halaman suaminya iaitu Dr Siew Jim Ding yang terletak di Ayer Tawar, Perak sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk meraikan bersama keluarganya pula.

    Masa bersama keluarga

    lizzy cnylizzy cny

    Elizabeth atau nama sebenarnya Tan Su Mei berkata semenjak mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu, dia dan suami perlu menyediakan angpau.

    Saya masih tengah biasakan diri untuk bagi angpau sebab tahun sebelum ni tahun pertama saya mula bagi angpau (lepas kahwin), jadi tahun ni baru tahun kedua. 

    Bercerita lanjut, Lizzy berkata dia sangat teruja setiap kali menikmati juadah tradisi masyarakat Cina yang dihidangkan semasa perayaan tersebut.

    Juadah tradisi kegemaran saya adalah ‘nian gou’, iaitu kuih pulut manis dan ianya sangat sedap.

    Untuk malam sebelum perayaan biasanya ada makan-makan dengan keluarga. Ibu saya akan masak makanan kegemaran saya iaitu ‘Shanghainese dish’ iaitu rice cake dengan sup yang ada sayur masam masin dan rebung.

    Dalam masa yang sama, selebriti berusia 31 tahun tersebut tidak pernah lupa akan pantang larang semasa meraikan Tahun Baru Cina, malah masih mengamalkannya sehingga ke hari ini.

    Pantang larang yang saya selalu ikut hanya satu, tak boleh pakai baju hitam! Nanti pak cik dan mak cik tak suka dan akan tegur sebab warna hitam melambangkan nasib malang.

    Saya akan ikut sampai bila-bila sebab dah biasa. Jadi saya tak pernah beli baju hitam atau putih untuk Tahun Baru Cina.

    Untuk info, Lizzy mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 20 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Individu Loya, Beli Air Balang Berperisa Keladi Sekali ‘Pakej’ Cicak Reput

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts