Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElizabeth Tan Sedih Keguguran Anak Pertama Februari Lalu – ‘Tak Tahu Bila...

    Elizabeth Tan Sedih Keguguran Anak Pertama Februari Lalu – ‘Tak Tahu Bila Lagi Saya Akan Hamil’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Impian penyanyi dan pelakon jelita, Elizabeth Tan untuk menimang cahaya mata pertama bersama suaminya, Siew Jim tidak kesampaian apabila mengalami keguguran sekitar dua bulan lalu.

    Keguguran anak pertama

    Ketika ditemui Ohbulan!, Elizabeth yang lebih mesra disapa Lizzy berkata, dia sangat sedih apabila mendapati kandungannya sudah tiada sewaktu melakukan pemeriksaan doktor.

    Sebenarnya saya mengalami keguguran anak pertama dan waktu itu kehamilan saya masih berada pada peringkat awal lagi.

    Saya ke hospital dan doktor sahkan bahawa kandungan sudah tiada.

    Pada mulanya saya rasa saya boleh untuk berdepan dengan situasi ini namun baru-baru ini saya mula sedar bahawa saya belum boleh melupakan.

    Tidak tahu bila lagi saya akan hamil dan itu sedikit sebanyak membimbangkan saya.

    Lizzy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem ‘Sheriff’ yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

    Tambah pelantun lagu ‘Semua Sudah’, keguguran yang dialaminya itu meninggalkan impak besar kepadanya memandangkan dia dan suami sudah lama menanti.

    Perkara ini memberikan impak buat saya sebab perlu berdepan dengan kehilangan.

    Saya pun sudah umumkan kepada keluarga dan temat rapat saya tetapi gugur pula, memang menyedihkan tapi saya tidak berputus asa.

    Jujurnya ketika saya melihat saya positif hamil, saya memang fikir hidup akan berubah tetapi tiba-tiba tak jadi.

    Kalau terlalu banyak bercakap tentang hal ini, saya akan menangis pula.

    Sekadar info, Lizzy dan suaminya Siew mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Maryam Younarae ‘Marah’ Anak Nak Beli Dua Patung, Netizen Puji Cara Mendidik Tidak Membazir – ‘Contoh Yang Baik’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts