Pelakon, Puteri Aishah sebelum ini berkongsi khabar gembira mengenai dirinya yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi video yang memaparkan ‘baby bumpnya’ yang semakin membesar.
Bakal Timang Anak Lelaki
Terkini, Puteri Aishah telah mengadakan sebuah majlis ‘baby shower’ dan pengumuman jantina cahaya mata sulung bersama suami, Muhammad Firdaus. Majlis yang berlangsung itu digambarkan begitu meriah dengan kehadiran ahli keluarga serta rakan-rakan selebriti seperti Hafreez Adam, Afifah Nasir, Yaya Zahir dan ramai lagi.
View this post on Instagram
IKLAN
Lizzy ‘Ambil Berkat’ Ibu Hamil
Turut mencuri perhatian adalah perkongsian pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan dilihat mengusap ‘baby bump’ Puteri Aishah serta kapsyen menyatakan dirinya ‘mahu mengambil’ berkat ibu hamil.
“Cuba mengambil sedikit tenaga bayi untuk diri saya sendiri hehehe. Tahnai Puteri Aishah. Tahniah Puteri Aishah & Jacob. Saya tak sabar untuk bertemu dengan bayi 😭❤️.”-kapsyen Elizabeth Tan di Instagram
Netizen Titip Doa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak mengira bangsa terutamanya Melayu dan Cina dilihat menitipkan doa agar Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy ini dikurniakan cahaya mata kelak.
“Semoga berjangkit Lizzy ❤️.”
“God will give you the desires of your heart when the time is right. You just have to be patient okay. Don’t be in a hurry. He know what’s the best for you. Take care and jangan lasak sangat. i always pray for your happiness 😊.”
“Harapp Elizabeth dapat twin sebab , dia akan tahu kehebatan double mini Eli 😂😂😂.”
“You next ok 👏.”
Apa komen anda?