Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElizad Tertekan! Keputusan Kahwin Dipersoal, Tidak Dapat Zuriat Jadi Beban Jiwa?

    Elizad Tertekan! Keputusan Kahwin Dipersoal, Tidak Dapat Zuriat Jadi Beban Jiwa?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Di balik tirai kemewahan majlis resepsi Amir (Syarul Ezani) dan Emilia (Elizad Sharifuddin) yang gemilang, tersembunyi konflik keluarga yang penuh ketegangan.

    Meruntuhkan Rumah Tangga

    Majlis yang dipenuhi dengan gemerlapan dan pujian untuk Emilia, ternyata menyemai benih cemburu dalam diri Azizah (Fauziah Ahmad Daud).

    Dengan hasrat yang membara untuk mempertahankan kedudukannya, Azizah mengatur strategi licik untuk menggoyahkan bahtera perkahwinan yang baru dibina, berusaha meruntuhkan kebahagiaan pasangan ini dengan cara yang penuh intrik dan tipu daya.

    Sejak Emilia memutuskan untuk tinggal bersama mentuanya, dia telah berusaha keras untuk menambat hati Azizah, namun setiap usaha tampak gagal.

    Pada suatu pagi, Emilia bangun awal untuk menyediakan sarapan, bukan untuk menggantikan tugas Azizah, tetapi sebagai usaha untuk menunjukkan perhatian dan keprihatinannya.

    Berlakunya Ketegangan Dalam Keluarga

    via Media Prima

    Tindakan ini membuat Azizah marah, kerana dia merasa Emilia cuba mengambil alih peranannya.

    Husin, yang berselera dengan hidangan sarapan yang dihidangkan oleh Emilia, meluahkan pujiannya, sementara Emilia terus berusaha menyenangkan hati Azizah dengan memuji dapur Azizah yang tersusun rapi dan memudahkan penyediaan makanan.

    Ketegangan memuncak apabila Husin secara tiba-tiba menyuarakan harapannya agar rumah mereka tidak lama lagi dipenuhi dengan keriuhan suara cucu-cucu.

    Azizah, melihat ini sebagai peluang untuk mencetuskan konflik, dengan sinis memperli Emilia tentang kemampuannya untuk memberikan zuriat dek kerana usianya yang semakin meningkat.

    Azizah, yang merasa kedudukannya terancam oleh kejayaan menantunya Emilia, semakin berang apabila suaminya, Husin, dan anaknya, Amir, terus-menerus memuji Emilia.

    Mencuba Mengugat Kebahagian

    via Media Prima

    Terlebih lagi, apabila Emilia dicalonkan untuk Anugerah Usahawan Muda. Dengan rasa cemburu yang mendalam, Azizah memperkotak-katikkan Emilia dengan menuduhnya memanfaatkan pengaruh orang dalam untuk meraih kejayaan tersebut

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Nora Danish Pakai ‘Lip Serum’ Curi Perhatian Netizen-“Ramai Nak Buat Jadi Calon Ni”

    Tanpa disangka-sangka, Azizah sekali lagi merancang langkah seterusnya untuk menggugat kebahagiaan Emilia dan Amir.

    Dengan niat tersembunyi, Azizah mendesak Emilia menjalani pemeriksaan kesihatan dan kesuburan, bertujuan untuk meragui kemampuan Emilia dalam memberikan zuriat dan mencetuskan ketegangan dalam rumah tangga mereka.

    Jangan ketinggalan untuk menonton Mentua  menerusi slot Lestary malam ini, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts