Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElla Berjaya Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bakal Terbang Ke Singapura

    Ella Berjaya Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bakal Terbang Ke Singapura

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

     Ratu Rock negara, Ella, yang baharu sahaja selesai membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 9 dan 11 Ogos bakal terbang ke Kota Singa pula bagi menjayakan rencana siri konsert ‘JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA (SINGAPURA)’ pada tarikh 12 Oktober 2024 di The Star Theatre, anjuran bersama oleh syarikat penganjur terkemuka, Hitman Solutions dengan RockQueen.

    Dua hari Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Plenary Hall, KLCC telah mengumpulkan 6,000 peminat untuk menyaksikan Ratu Rock kesayangan mereka membuat persembahan lebih 30 buah lagu.

    Kelainan konsert kali ini, Ella bawakan lagu-lagu klasik untuk peminat bersama artis undangan Haziq Rosebi pada hari pertama dan Dayang Nurfaizah untuk hari kedua. 

    Demi menyahut permintaan daripada peminat-peminat kesayangan Ella di Singapura yang ingin merasai sendiri siri konsert terbaharu ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’, pihak penganjur yang terlibat berhasrat untuk memberikan yang terbaik buat semua bakal penonton yang hadir.

    Masih mengekalkan khidmat pengarah muzik yang sama, Dato’ Acis dengan barisan pemuzik profesionalnya, Ella juga turut mengekalkan tema solidariti di setiap konsertnya.

    “Malam konsert nanti bertemakan rona hitam, putih, merah dan hijau tanda sokongan kita yang tidak henti-henti buat rakyat Palestin.”-kata Ella

    Peminat Singapura yang bakal menyaksikan konsert Ella nanti akan disajikan dengan sebuah malam gilang-gemilang dengan susunan lagu-lagu ‘hits’ nyanyian penyanyi rock legendaris tersebut sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, dengan ekspresi unik seni persembahan yang hebat di samping alunan rangkaian paduan muzik dari band dan juga orkestra yang pastinya menjanjikan pengalaman yang berbeza.

    “Saya bersyukur di atas izin-Nya dengan nikmat kesihatan dan masih berpeluang  menghiburkan ramai orang, gabungan band rock dan orkestra memerlukan banyak usaha dan kerja yang teliti.

    Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik dan jangan lupa dengan janji kita di konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia (Singapura) pada 12 Oktober nanti di The Star Theatre,” pesan Ella.

    View this post on Instagram

    A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

    Sebarang pertanyaan berkenaan konsert JILID ROCKESTRA ELLA: ROCKERS JUGA MANUSIA (SINGAPURA) boleh hubungi 012-265 5783.

    ALSO READ:  Jom Lihat Kedudukan Negara Di Asia Yang Memilih Sarapan Dengan Tempahan Penginapan Mengikut Agoda



    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts