Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElla Dedah Pernah Kena ‘Ghosting’, Lagu Mendung Tak Bererti Hujan Kenang Kisah...

    Ella Dedah Pernah Kena ‘Ghosting’, Lagu Mendung Tak Bererti Hujan Kenang Kisah Cinta Dengan Suami – ‘Dia Tak Cari & Call Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ratu Rock, Ella mendedahkan maksud disebalik lagu Mendung Tak Bererti Hujan yang sering dinyanyikan di beberapa siri konsert yang dijayakan, sebelum ini.

    Artikel berkaitan: Ella Kembali Dengan ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ 9 Ogos Ini! 

    Mendung tak bererti hujan

    Pada Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat, Ella bersama suami, Kapten Azhar Ghazali sekali lagi memilih lagu sama untuk dipersembahkan.

    Menurut Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 57, lagu tersebut mengingatkan semula kisah cinta mereka yang mengharungi pelbagai dugaan sebelum mendirikan rumah tangga.

    Lagu Mendung Tak Bererti Hujan ada sejarah tersendiri untuk kami. Kejadian berlaku sebelum berkahwin.

    Hendak tahu apa yang terjadi? Kami bercinta dan kemudian berpisah tanpa apa-apa kata.

    Saya tak tahu dekat mana dia berada, dia pun tak cari dan hubungi saya. Apa semua ini?

    Ella berkata demikian semasa ditemui di sidang media Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Dewan Planeri, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.

    Bagaimanapun, Ella terbuka hati untuk meneruskan hubungan selepas Azhar kembali untuk memperbaiki kesilapan lalu.

    Ada suatu ketika, dia hubungi saya untuk beritahu dia mahu tunaikan umrah dan ingin mendoakan saya. Ketika itu, sebulan tak tidur malam, makan tak kenyang, mandi tak basah.

    Dalam pada itu, Azhar memberitahu dia merasakan hubungan mereka tidak akan berjaya kerana beberapa faktor antaranya jarak umur pada ketika itu.

    Fasa itu berlangsung selama sembilan tahun. Saya mula bercinta dengan Ella pada usia 21 tahun hingga saya berumur 30 tahun, sebelum kami putuskan untuk berkahwin.

    Ketika mula menjalin cinta, kami fikir hubungan itu agak mustahil. Namun, cinta kami terlalu kuat dan sukar dipisahkan dengan jarak umur.

    Namun selepas sembilan tahun menyulam cinta, mereka akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.

    Kami terus berkawan untuk mengenali antara satu sama lain. Akhirnya, pada tahun kesembilan selepas melalui pelbagai dugaan dan rintangan termasuk keluarga, rakan-rakan dan sebagainya, kami akhirnya bersatu, Alhamdulillah.

    Konsert yang berlangsung selama tiga jam itu, Ella menyanyikan 28 buah lagu antaranya Kesal, Nuri, Dua Insan Bercinta, Layar Impian, Tiada Tangis Lagi, Sembilu dan banyak lagi.

    ALSO READ:  Kesedihan Saya Kerana Melihat Bella Menangis Setiap Hari - Puteri Sarah

    Pada sidang media itu, Ella turut mengumumkan bakal membawa Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia ke Singapura pada 12 Oktober depan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts