Sempena ulang tahun kelahiran yang ke-40, penyanyi Elliza Razak memberitahu dia hanya memerlukan doa yang ikhlas daripada semua orang.
Masih banyak cita-cita yang mahu dicapai
Menurut Elliza, dia berharap tahun hadapan akan memberi kebahagiaan, ketenangan dan segala yang baik buat dirinya dan anak-anak.
Terima kasih pada semua yang beri ucapan dan doakan yang baik untuk kami bertiga. Umur macam ni, tak minta hadiah atau kejutan pun. Hanya minta doa yang ikhlas dari kalian sahaja. Bagi mereka yang ingat hari lahir saya, saya sangat hargai. Terima kasih.
Tambah Elliza, masih banyak cita-cita yang mahu dicapai meskipun usianya sudah 40 tahun.
Terdahulu, Elliza mengakui dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menerusi temu bual bersama , Elliza berkata, dia berasa syukur dan lega kerana berjaya keluar daripada hubungan yang banyak menghancurkan hidupnya. Menurut Elliza, dia sah bercerai dengan bekas suami pada bulan Februari lalu selepas 12 tahun hidup bersama.
Ujar Elliza lagi, sepanjang perkahwinan itu dia turut mengambil peranan sebagai ketua keluarga terutama dalam menguruskan perbelanjaan.
Lebih menyedihkan, dua orang anaknya turut mengalami trauma selepas menjadi saksi dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Tidak mahu mengenang kisah silam, Elliza secara ringkas memaklumkan dia mahu membina karier semula dalam bidang seni.
Video
View this post on Instagram