Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElly Mazlein Percaya Suami, Tak Pernah ‘Check’ Telefon – ‘Tolong Jangan Musnahkan...

    Elly Mazlein Percaya Suami, Tak Pernah ‘Check’ Telefon – ‘Tolong Jangan Musnahkan Kepercayaan Mama’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, pelakon dan pengacara popular Elly Mazlein memberitahu dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya sepanjang tempoh empat tahun perkahwinan.

    Saya percaya suami

    Menurut Elly, dia dan suami mengetahui kata laluan telefon masing-masing namun, tidak pernah terfikir untuk membuat pemeriksaan terhadap telefon masing-masing.

    Kalau kita check (periksa) phone (telefon bimbit) suami, ia sudah jadi macam hubungan toksik. Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia dan masih jauh lagi perjalanan kami.

    Saya dan suami saling percaya antara satu sama lain dan sentiasa doa yang baik-baik buat rumah tangga kami.

    Saya cakap dengan suami, papa (suami), mama percaya sangat dengan papa, tolong jangan musnahkan kepercayaan mama pada papa.

    Papa (suami) pun sudah dewasa dan boleh fikir yang terbaik dan papa tengoklah anak-anak papa kalau nak buat yang bukan-bukan dan suami cakap dia takkan jadi seperti itu.

    Suami juga tidak pernah periksa telefon bimbit saya sepanjang kami berkahwin. Saya percaya, apabila seseorang isteri mula meragui dan periksa telefon bimbit suaminya, mesti dia (suaminya) sudah pernah ‘terkantoi’ sebelum ini.

    Berbicara lebih lanjut, Elly memberitahu komunikasi membabitkan pasangan suami dan isteri sangat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga.

    Kita perlu sentiasa positif dan berbincang dengan pasangan untuk mengelak sebarang masalah.

     Isu semasa (perkara buruk) yang membabitkan rumah tangga pasangan artis juga mengajar kami lebih berhati-hati supaya ia tidak berlaku dalam rumah tangga kami pula kerana kesian pada anak-anak yang masih kecil.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts