Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentElvina Mohamad Memilih Untuk Menyimpan Kisah Peribadi, Kerana Takut Dengan Penyakit Ain...

    Elvina Mohamad Memilih Untuk Menyimpan Kisah Peribadi, Kerana Takut Dengan Penyakit Ain – ‘Ada Orang Yang Menganggap Saya Seorang Yang Bujang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Datin Elvina Mohamad mendedahkan masih ada segelintir lelaki yang menyangka dirinya masih ‘single’ dan belum berpunya meskipun sudah mendirikan rumah tangga.

    Ada yang fikir saya ‘single’

    Ketika ditemui , Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata, dia pernah menerima hantaran mesej (DM) dari segelintir lelaki yang dilihat cuba mengurat dirinya di media sosial.

    Saya pernah dapat DM sebegitu. Tak tahulah sama ada dia tak tahu atau buat-buat tak tahu yang saya ini sudah berkahwin.

    Saya agak hairan mereka macam nak mengurat sebab saya ada saja muat naik gambar bersama suami, bersama anak cuma tak kerap.

    Mungkin sebab itu mereka anggap saya masih ‘single’ dan belum berkeluarga.

    Elvina berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ di GSC The Starling, Petaling Jaya.

    Ketika ditanya mengapa memilih untuk tidak terlalu berkongsi kebahagiaan di media sosial, pelakon berusia 29 tahun tersebut berkata, dia takut berlakunya perkara seperti ‘evil eye’.

    Saya jarang untuk muat naik gambar bahagia bersama keluarga sebab saya takut berlakunya perkara seperti ‘evil eye’.

    Kadang-kadang, orang tak suka tengok kita terlalu kerap kongsikan kebahagiaan di media sosial.

    Kalau dulu, waktu muda lain, saya ‘excited’ nak kongsi di media sosial tetapi bila dan makin berumur ini, saya lebih sukakan privasi, apa yang saya buat bersama keluarga biar saya saja yang tahu.

    Sekadar info, Elvina Mohamad telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan pada Mac 2018 lalu.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Karl Mateen dan Ean Maleeq.

    ALSO READ:  Christopher Nolan Upset That ‘Barbie’ Opening on Same Day as ‘Oppenheimer’ — World of Reel

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts